Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Putrajaya, Melaka, Pahang. Terengganu dan Sarawak telah beralih ke Fasa 3. Seperti yang kita sedia maklum, banyak kelonggaran diberikan lagi jika sudah beralih ke fasa ini.
Namun begitu, kelonggaran itu akan diutamakan kepada mereka yang sudah menerima vaksinasi lengkap. Bagaimanapun, selepas SOP untuk fasa 3 dikongsikan, ia mula menjadi pertikaian netizen apabila…
Tak vaksin pun boleh dine-in?
Berbeza dengan Fasa 1 dan Fasa 2, individu yang boleh dine-in hanya diberikan kepada mereka yang sudah mempunyai 2 dos vaksin lengkap.
Namun begitu, apabila sudah masuk ke Fasa 3 ia terbuka kepada mereka yang masih belum vaksin?
Ringkasan SOP PPN mengikut fasa berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2021. Rujuk @MKNJPM untuk SOP lengkap.#InfografikMS pic.twitter.com/dq1Tg5d2AM
— Media Selangor (@Media_Selangor) September 30, 2021
Ketika disemak menerusi portal rasmi Pelan Pemulihan Negara juga, tiada vaksinasi ditekankan untuk makan di luar.
Sebelum ini, Berita Harian ada melaporkan bahawa kadar 80 peratus populasi penduduk dewasa yang lengkap menerima imunisasi COVID-19 sepanjang 21 September 2021.
Baca : Wanita Bangga Tunjuk Boleh ‘Dine-in’ Tanpa Ambil Vaksin, Netizen Minta PDRM Ambil Tindakan Tegas