in

“Baju berwarna kena asingkan” – Azizulhasni Tunjuk Operasi Pusat Dobi Di Perkampungan Olimpik

Dobi 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau sebelum ini Azizulhasni Awang tunjuk bagaimana atlet olimpik menggunakan kemudahan mengambil air percuma di mesin layan diri, kali ini pelumba basikal itu berkongsi pula perkhidmatan dobi yang disediakan di perkampungan Olimpik Paris 2024.

Baju kena asingkan

Dalam video yang dimuat naik oleh @azizulhasniawang di TikTok, ada 12 bangunan telah dijadikan pusat dobi untuk para atlet membasuh pakaian mereka. Disebabkan ramai yang akan datang membawa pakaian masing-masing di pusat dobi, petugas di kaunter akan mengimbas terlebih dahulu kod QR yang berada di tag para atlet.


Artikel berkaitan: “Next review tempat lain juga” – Azizulhasni ‘Review’ Fasiliti Di Bangunan Pasukan Malaysia Di Paris 

Artikel berkaitan: Azizulhasni Tunjuk Cara Atlet Olimpik Guna ‘Special Tag’, Dapat Air Percuma Di ‘Vending Machine’

Kemudian, kod QR yang ada di beg dobi juga akan diimbas untuk memastikan beg tersebut milik atlet tersebut sebelum ia perlu ditinggalkan di pusat dobi.

Dobi 4
Sumber: tiktok
Dobi 6 1
Sumber: tiktok

Selain itu, ada tiga peraturan perlu dipatuhi iaitu pakaian berwarna hitam dan warna lain tidak boleh dicampur bersama pakaian berwarna putih. Pakaian dalam beg dobi juga tidak boleh terlalu padat serta zip beg perlu ditutup dengan rapi bagi mengelakkan pakaian terkeluar daripada beg.

Ada waktu untuk pick up

Lebih menarik, perkhidmatan di situ juga percuma untuk sesiapa yang terlibat. Operasi di situ juga amat teratur yang mana kaunter untuk menghantar dan mengambil baju telah diasingkan.

Pun begitu, setiap beg dobi yang dihantar boleh diambil semula mengikut waktu yang ditetapkan. Walaupun ia beroperasi bermula 7 pagi sehingga 10 malam, baju yang dihantar sebelum 10 pagi boleh diambil pada hari yang sama. Jika baju dihantar selepas 10 pagi, mereka hanya boleh mengambil beg dobi masing-masing pada keesokan hari.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen teruja melihat bagaimana pusat dobi di perkampungan olimpik beroperasi.

Dobi 1

Menarik macam ni.. yang penting free!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.