Dah lah dia yang buat salah, lepas tu nak marah marah pulak!
Seorang wanita cedera dibelasah suaminya selepas bertengkar dan kisah ini mendapat perhatian ramai netizen yang simpati dengan nasib dia. Menurut Tribun, kejadian itu berlaku di Bojonggede, Bogor, Indonesia baru-baru ini.
Satu posting di Twitter turut mendapat perhatian ramai netizen apatah lagi lelaki itu sendiri yang bersalah tetapi isterinya pula yang jadi mangsa amarah dia. Lelaki itu sebenarnya kantoi curang ada hubungan sulit dengan wanita lain. Meskipun perkara itu dah lama diketahui, tapi mangsa masih bersabar dan cuba beri peluang pada suami dia.

Malah, sebelum ni mangsa sanggup benarkan suaminya dan perempuan simpanan berkenaan tidur di rumahnya, asalkan lelaki itu ada di rumah.
Ketika kejadian, mangsa telah menyembunyikan kunci motor suaminya kerana kecewa dan marah dicurangi. Suami dia kemudian naik angin dan bertindak mengikat kaki dan tangan mangsa. Mulutnya juga disumbat dengan baju sebelum dipukul berkali-kali termasuk di bahagian dada.

Akibat dibelasah teruk, mangsa mengalami kecederaan dan kini sedang dirawat di hospital. Netizen di sana kini sedang giat mengumpulkan dana untuk biaya rawatan mangsa yang mempunyai masalah kewangan.
Difahamkan, laporan polis dah dibuat namun suspek masih belum ditangkap dan ramai netizen bengang dengan dia kerana bersikap dayus sebegitu sekali.

“Mati aja si bangsat kaya gitu.”
“Suami yang gapunya otak kayak gini ada masalah apa si?”
“Gak punya otak suaminya.”
“Bajingan brengsek.”

Kesiannya tengok ya Allah. Kau yang curang, kau pulak nak mengamuk!