Berita buruk untuk peminat tegar taman tema sebab pengunjung theme park di Jepun dilarang untuk menjerit jika menaiki roller coaster, lapor CNN.
Larangan itu telah dikeluarkan oleh majoriti pihak pengurusan taman tema di sekitar negara matahari terbabit berikutan mahu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.
Ye lah, kalau dah menjerit-jerit takut kat atas tu, mesti akan tersembur air liur masing-masing. Ada yang extreme sampai meleleh air liur sebab gayat sangat.
Katanya, kalau pengunjung nak menjerit juga, boleh tapi jangan kuat sangat. Mereka juga perlu memakai face mask ketika berada di sana.
Selain tu, untuk ‘hantu’ haunted house pula, mereka harus menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter dari pengunjung rumah hantu. Tapi, macam mustahil je sebab nak takutkan orang kena lah dekat. Kalau jauh, tak seram lah pulak.
Bukan itu je, pelawat taman tema juga tidak boleh ‘high five’ dengan maskot.
Garis panduan pembukaan semula taman tema itu telah dibuat dan dipersetujui oleh pihak pengurusan taman termasuk Universal Studios Japan, Tokyo Disneyland dan DisneySea.
Agak-agak kan, boleh ke pengunjung tahan jeritan tu nanti?
Baca: “Bapak seram!” – Dua Orang Maut Lepas Tercampak Dari Rollercoaster Yang Tergelincir Masa Tengah Laju