in

“Baik makan buffet” – Netizen Terkejut Harga Sepinggan Nasi Kandar Di Food Court Dekat KL Cecah RM86?!

ft nasi kandar RM86 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui bahawa dengan peredaran zaman yang semakin membangun ini, bermaksud harga barangan runcit juga akan naik termasuklah bahan mentah seperti ayam, daging, telur dan sebagainya.

Harga barangan mentah yang semakin mahal juga bermaksud harga makanan di kedai akan meningkat berdasarkan harga bahan mentah tersebut. Cuba korang tanya mak ayah korang dulu ayam goreng dekat kedai berapa ringgit?


Baru-baru ini telah tular sebuah posting di Facebook, seorang individu berkongsi kisahnya semasa dia menjamu selera di sebuah food court di Kuala Lumpur.

Biar betul harga sotong dia??

Screenshot 2023 01 03 164311

Menerusi posting berkenaan, dapat dilihat apa yang dia pesan adalah seperti berikut;

  • 2 pinggan nasi putih (RM5)
  • 1 ketul ayam goreng  (RM11)
  • 2 ketul sotong (RM70)

Apa yang menarik perhatian warganet adalah harga yang dibayar oleh individu tersebut boleh dikatakan seperti tidak masuk akal.

Individu tersebut juga telah meminta pendapat rakan maya berkenaan harga yang dikenakan oleh kedai berkenaan terhadap makanan yang telah diambil.

“Memang biasa ke kena harga RM86 ni? Harga di sini memang macam ni ke? (saya dari Johor jadi saya tak pasti, ini kali pertama saya order),”

“Sotong saya ambil satu tapi dia kira dua. Bila saya tanya dia kata sebab saya ambil sotong yang bersaiz besar, tapi sotong dia semua sama saiz,” tulisnya di kapsyen posting tersebut.

321753407 715220710123806 6659023220985236312 n

“RM86 untuk 2 orang baik makan buffet” – Netizen

Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa terkejut dengan harga yang telah dikenakan kepada individu tersebut.

Namun, ada juga warganet yang mengatakan individu terbabit sepatutnya bertanya mengenai harga terlebih dahulu sebelum mengambil sotong goreng tersebut.

Screenshot 2023 01 03 165853

Screenshot 2023 01 03 165932

Pehhh RM86 tu untuk makan dua orang… Biar betul ni?

Baca : Makan Seafood Di Sabah Sampai RM750, Netizen Dakwa 4 Pelancong Ni Kena ‘Scam’

makan seafood sabah rm783 758x399 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.