in

“Baik keluarkan album” – Damian Mikhail Tak Setuju Juara GV ‘Bertarung’ Untuk Musim Terbaru

Damian Mikhail Gv

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza (GV) yang mencipta fenomena dan merupakan antara rancangan yang dinanti-nantikan oleh penonton.

Mana taknya, melihat penyanyi lama bertanding semula sememangnya akan memberikan memori yang luar biasa, lebih-lebih lagi jika penyanyi itu merupakan penghibur di zaman remaja kita.


Terbaru, rancangan itu bakal menampilkan 10 bekas juara GV dalam musim terbaru yang diberi nama All Stars Gegar Vaganza, setakat ini peserta yang bakal menyertai pertanding tersebut termasuklah Siti Nordiana, Aliff Aziz serta Cliff Umar.

Artikel berkaitan: “Jangan nak jatuhkan level lah” –  [VIDEO] Mas Idayu ‘Tepek’ Nabil Lepas Cadang Masuk GV10

Artikel berkaitan: “Memang banyak kekurangan” –  [VIDEO] Tak ‘Perform’ Ketika Mengacara Gegar Vaganza, Danial Zaini Mohon Maaf

Pun begitu, format pertandingan itu tidak berapa dipersetujui oleh bekas ahli kumpulan VE, Damian Mikhail yang merasakan musim terbaru rancangan itu tidak mempunyai objektif lain selain mengulang konsep yang sama.

“Apabila sudah jadi juara itu merupakan satu benchmark untuk artis menjadi lebih baik tapi kalau dah jadi juara dan kena bertanding semula, tak boleh berkembang. 

Saya tak setuju apabila dah jadi juara kena masuk semula bertanding tapi saya faham mungkin ramai yang memerlukan peluang pekerjaan,” katanya.

Dalam laporan mStar, Damian berkata seorang artis yang pernah menjuarai rancangan tersebut sepatutnya bijak meniliai bakat dan kemampuan diri sendiri.

Sebaliknya, menurut penerbit lagu itu merasakan artis sepatutnya menerbitkan lagu atau album baru untuk kekal relevan dan bukannya menyertai program sebegitu.

Hmm, korang rasa macam mana? 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.