in

“Baik hang cermin muka dulu. Vaksin tak tender, Mysejahtera bagi kawan”- Ayat Anwar Bila KJ Kata Nak ‘Reform’ UMNO

Anwar Marah Kj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

“Semalam saya pergi ke Sungai Buloh nak bagitahu pada Khairy Jamaluddin, dia kata nak reform, nak bawa perubahan dalam Umno.

“Baik hang (kamu) cermin muka hang dulu. Vaksin tak tender, Mysejahtera bagi kat kawan, syarikat Singapura pulak tu.


“Nak reform (perbaharui) Umno, reformlah tapi jangan guna rakyat semasa pilihan raya ini buat janji palsu.

“Lebih 60 tahun dah pi cuti lah bagi aku pula,”

1821090

Itu merupakan ayat yang dikeluarkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Khairy Jamaluddin selepas KJ meluahkan hasrat untuk melakukan reformasi di dalam UMNO.

Perkara itu dinyatakan ketika beliau menyampaikan ucapan di program ceramah Grand Finale Parlimen Kangar, Perlis semalam.

Khairy Jamaluddin Sungai Buloh Umum Calon Bn 2

Sebelum ini KJ yang juga calon Barisan Nasional bagi parlimen Sungai Buloh ada meluahkan hasrat untuk melakukan ‘pembersihan’ di dalam UMNO sekiranya beliau menang kerusi parlimen tersebut pada pilihan raya kali ini.

Malah, bekas ahli parlimen Rembau itu turut menyatakan yang ramai orang ada memberitahu kepadanya yang mereka ‘tidak gemar’segelintir pemimpin di dalam UMNO, lapor Malaysiakini.

 

Baca : Fake; KJ Bakal Ambil Tindakan Susulan Screenshot Mengamuk Di WhatsApp Tular

Kj Tweet Fitnah 1

Sumber: The Star
Sumber: FMT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.