Baru-baru ini, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana menjadi perhatian warganet selepas dilihat tampil tidak lagi bertudung.
Susulan itu, Elyana, 35 ketika ditemubual oleh Harian Metro menyatakan bahawa dia tidak akan memberikan sebarang penjelasan.
“Jadi, demi menjaga tatasusila, menjaga jiwa saya, menjaga persekitaran saya, nama baik jangan ceritalah kerana dah lama jadi tak baik.”
Katanya lagi, demi menjaga jiwanya dia ambil keputusan untuk tidak menerangkan apa-apa kepada mana-mana pihak yang tidak mahu langsung memahami kehidupan itu.
“Dalam hidup saya, tidak pernah ada penyesalan sebab ini adalah proses kehidupan. Apa yang saya boleh cakap, setiap hari saya impikan kehidupan yang baik untuk jiwa yang baik. Jiwa saya kerana dulu saya selalu fikirkan jiwa dan hati orang.”
“Dan baik buruknya saya yang akan tanggung. Inilah saya. Jika anda boleh menerima saya, alhamdulillah dan jika anda tidak boleh menerimanya, saya tak boleh buat apa-apa.”
“Saya berfikir masak-masak. Saya tak nak cakap apa-apa (sebab membuka tudung). Terima kasih kepada semua yang mendoakan saya selama ini.”
Dalam pada itu Elyana menyatakan mana-mana individu yang mendoakan dirinya, dia berharap doa itu berbalik kepada mereka.
“Jika anda rasa saya tidak layak untuk dapat doa anda, saya tetap mendoakan anda supaya hidup anda dipermudahkan Allah.”
Dalam pada itu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menyatakan bahawa dia mungkin akan meminggirkan diri dari media sosial.
“Mungkin saya kena letak sempadan untuk komen. Ia bukan bermaksud saya salah atau takut. Cuma nak adakan jurang dengan pengikut. Sebab selama ini orang rasa senang sangat untuk komen saya. Saya senang dan suka untuk rapat dengan orang dan berkawan dengan peminat.”
“Tapi kadang-kadang kebaikan kita tak dibalas dengan baik. Sekarang masa untuk saya letakkan jurang.”
Bagaimanapun, biarpun cuba elakkan diri daripada terbaca komen segala kata-kata kurang enak (menyesal mendoakannya) mengenainya tetap sampai ke pemerhatiannya.
“Ada terbaca juga. Walaupun elak tapi tetap orang ‘tagged’ saya. Itu salah satu perkara yang menyedihkan saya sebenarnya.”
“Tapi tak apalah semua itu tak boleh dipaksa. Jadi, insya Allah suatu hari nanti kalau tertulis menjadi apa yang mereka inginkan saya jadi, ia akan jadi juga.”
“Fokus saya adalah menjaga jiwa saya, hidup dan keluarga saya. Saya tak mahu salahkan sesiapa. Cuma saya manusia biasa. Masa kita senang semua akan datang tapi masa kita susah hanya diri kita dan keluarga kita yang akan ada.”
Untuk rekod, pada tahun 2017, Elyana mengumumkan bahawa dia kini sedang menghidap kanser tahap empat ketika diumumkan tersingkir di konsert minggu kelima GegarVaganza 4.
Baca : “I give up” – Elyana Buka Mulut Lepas Muat Naik Gambar Tak Bertudung Di Instagram