Ibu Datuk Seri Aliff Syukri yang dikenali dengan panggilan Bonda Rozita berkongsi pengalaman disihir dan diganggu jin menerusi video yang dimuat naik dekat Instagram.
Menerusi video itu, Bonda Rozita kongsikan yang dia telah diganggu oleh 6 jin dari gunung berusia 175 tahun. Jin itu semua dihantar masuk ke dalam badannya dengan tujuan untuk membunuh tuan empunya badan secara halus.
Bila mualij yang juga suaminya itu bertanya pada makhluk terbabit dah berapa lama ada dalam badan bonda, dia menjawab,
Aku dah 2 bulan!”
Dalam video tu juga boleh nampak bonda Rozita meronta-ronta dan tak keruan bila cuba dirawat. Bonda tak habis habis suruh ustaz tu pergi dan jangan ganggu dia. Ada masa bonda menjerit-jerit dan ada masa bonda akan menangis.
Aku daripada gunung. Aku mahu bunuh perempuan ini!”
Menurut bonda, dia gagal kawal dirinya sendiri walaupun sudah berzikir di dalam hati kerana jin tersebut berasa sakit dan panas ketika bersoal jawab dengan mualij.
Macam-macam bomoh dah pakai. Aku paling kuat dalam gunung.”
Aku dibayar pak, aku cari makan pak. Perempuan ini susah pak…”
Dalam video panjang di Youtube, boleh nampak di penghujung proses bonda kelihatan sangat penat dan tercungap-cungap sambil menjawab soalan mualij. Selain memberitahu umurnya 175 tahun, jin itu juga mengaku menganut agama Islam dan terus disuruh mengucap oleh mualij. Korang tengok sendiri video tu:
Ramai yang tonton video tu tidak sangka ada manusia yang sejahat itu dan sanggup menghantar sihir dekat orang lain. Mereka juga mendoakan agar bonda Rozita sentiasa dilindungi dari manusia berhati hitam.
Melalui update daripada bonda Rozita sendiri di Instagram, dia kini dalam proses pemulihan selepas menerima rawatan dan sedang berehat sepenuhnya di rumah.
https://www.instagram.com/p/Bzb1DeVnG_K/
Seram juga admin tengok video tu…
Baca: “Dia buat mak aku sampai nazak…” – Dengki Punya Pasal, Hantar Sihir dan Hasut Kawan Sampai Benci