Serangga kecil seperti kutu babi atau sengkenit ini walaupun nampak kecil, hati-hati ia boleh mengundang bahaya besar tambahan pula kepada anak kita yang tak tahu apa-apa.
Jika sebelum ini tular kisah seorang budak perempuan menanggung kesakitan akibat sengkenit berumah dalam telinganya, kali ini viral pula di TikTok mengenai seorang budak lelaki apabila sengkenit dilihat ‘bergayut’ di kelopak matanya.
“Haiwan tu dah kenyang melekat di mata”
Menerusi perkongsian video Noramanina Mohd Zulkifli, dapat dilihat dia bertindak pantas dengan menggunakan pelbagai jenis petua dalam mengeluarkan sengkenit tersebut dari kelopak mata anaknya.
@deqna_24 pirah dalam mata🥺ingatkan bengkak biasa sekali buka mata 😱😱
Menurut mStar, Noramanina berkata semuanya bermula apabila dia menyedari mata anak sulungnya berusia 6 tahun itu berair.
“Saya langsung tak nampak apa-apa yang aneh. Anak saya, Aqil, pun tak beritahu bahagian matanya berasa sakit atau tak selesa.
“Ketika saya keluar ke klinik sebentar menghantar datuknya dapatkan rawatan asma, tiba-tiba saya dapat panggilan daripada adik. Dia kata pada mata Aqil ada benda hitam.
“Selepas pulang ke rumah, saya belek mata Aqil. Rupanya ada seekor sengkenit atau kami di sini panggil ‘pirah’. Haiwan tu dah kenyang melekat di matanya. Memang kena ‘kelepet’ matanya sikit, baru nampak.
“Tak tahulah berapa lama sengkenit itu bergayut di mata Aqil,” jelasnya.
Guna petua air tembakau & sapu minyak mustajab
Menceritakan lanjut cara dia mengeluarkan sengkenit itu dari matanya anaknya, Noramanina berkata dia segera menyapu bahagian mata kiri anaknya dengan air tembakau bertujuan membuatkan serangga itu jatuh.
Namun teknik itu tak menjadi lalu dia sapu pula Minyak Mustajab dan akhirnya haiwan itu ‘luruh’ sendiri daripada kelopak mata anaknya.
Tiba-tiba keluar pula darah daripada bekas gigitan serangga itu. Panik dan bimbang jangkitan kuman, saya segera bawa Aqil klinik,” katanya.
Namun mujurlah doktor mengatakan tiada apa kecederaan serius pada mata anaknya dan memujinya kerana pantas bertindak.
“Doktor cuci bahagian luka tu beritahu, tiada kaki atau sengat sengkenit yang tertinggal di mata Aqil. Doktor kata kalau lambat, memang bahaya. Mata boleh buta kalau sengkenit tu berak atau beranak pula,” jelasnya lagi.
Mujurlah semuanya baik-baik saja. Diharapkan ibu bapa kat luar sana kalau anak mengadu sakit atau kelihatan lain dari kebiasaan, cepat-cepatlah periksa sebab bimbang perkara macam ni berlaku.
Baca: Aksi Berbahaya Kanak-kanak Duduk Bawah Lori Treler, Netizen Bengang Tak Ada Yang Datang Tolong