in

Jangan Panaskan Makanan Ini Kalau Tak Nak Sakit Perut, No 2 Tu Orang Selalu Buat!

Panaskan Makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anda suka panaskan makanan? Tidak kiralah apa alasan anda, sama ada untuk berjimat atau tidak mahu membazir, bukan semua makanan boleh dipanaskan.

Ada beberapa jenis makanan yang tidak boleh dipanaskan kerana ia boleh mendatangkan bahaya terhadap kesihatan. Nak tahu makanan apa? Jom, teruskan pembacaan anda.


7 Makanan yang tidak boleh dipanaskan semula

1. Jangan panaskan nasi

Panaskan Makanan

Menurut laporan BBC, nasi yang telah dimasak boleh dicemari bakteria yang dikenali sebagai Bacillus cereus. Bakteria ini mati sekiranya dipanaskan, tetapi ia akan meninggalkan spora yang toksik terhadap badan manusia.

Selepas ini, jangan simpan nasi lama-lama dan panaskan berkali-kali. Jika anda perlu panaskan, pastikan nasi masak sepenuhnya.

Panaskan nasi dan kacau dahulu, kemudian panaskan sekali lagi untuk pastikan ia betul-betul masak.

2. Elak panaskan makanan yang dibungkus

Jika anda menghadiri buffet, ingat ya, makanan yang dibungkus untuk dibawa balik perlu dimakan secepat mungkin.

Untuk pengetahuan semua, makanan yang terdedah pada suhu bilik dalam satu tempoh masa yang lama merupakan tempat pembiakan mikroorganisma berbahaya.

Jadi, berhati-hatilah sekiranya anda ‘tapau’ makanan daripada buffet, parti atau sebagainya. Sebelum makan, bau dan rasa sedikit makanan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga.

3. Kentang

Panaskan Makanan

Anda suka makan kentang? Kami ada berita buruk untuk anda. Kentang yang dipanaskan semula mungkin boleh membuatkan anda jatuh sakit.

Kentang yang dibiarkan pada suhu bilik dalam tempoh masa yang lama boleh dicemari bakteria yang menyebabkan botulisme. Bakteria ini boleh menyebabkan anda mengalami keracunan makanan.

Lebih berbahaya, bakteria ini tidak akan mati walaupun dipanaskan berkali-kali. Jika anda ingin masak kentang tetapi ingin memakannya kemudian, letakkan kentang tersebut dalam peti ais.

4. Cendawan

Cendawan mengandungi sejenis protein yang sensitif terhadap enzim dan bakteria. Jika ia tidak disimpan dengan betul, cendawan boleh basi dan menyebabkan sakit perut.

Jika anda ingin memanaskan cendawan, pastikan anda menggunakan suhu sekurang-kurangan 70 C.

5. Ayam

Panaskan Makanan

Ayam dan juga telur selalunya dicemari oleh bakteria yang dikenali dengan nama salmonella.

Selalunya, bakteria ini akan mati jika anda memanaskannya di atas api. Tetapi, bagi mereka yang suka memanaskan lauk menggunakan ketuhar gelombang mikro, anda perlulah lebih berhati-hati.

Ketuhar gelombang mikro tidak dapat memanaskan setiap bahagian ayam dengan sekata. Ini bermaksud, ada bahagian yang akan dipanaskan dan ada juga yang tidak mendapat haba yang mencukupi.

Jadi, berhati-hatilah ketika memanaskan ayam. Berbeza dengan daging merah, protein dalam ayam lebih mudah terlerai sekiranya dipanaskan berkali-kali.

Ada juga orang yang mempunyai perut lebih sensitif dan mudah sakit perut jika makan ayam yang dipanaskan.

6. Sayur kangkung

Kangkung mempunyai tahap nitrat yang tinggi. Secara amnya, nitrat tidak berbahaya terhadap kesihatan. Namun, ia boleh bertuka menjadi nitrit yang boleh menyebabkan kanser.

Menurut pakar, sayur kangkung selamat untuk dipanaskan semula. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan anda memanaskannya dengan sempurna. Elakkan penggunaan ketuhar gelombang mikro untuk memanaskan sayur kangkung.

7. Jangan panaskan makanan mengandungi seafood

Makanan laut selalunya dimakan secara segar. Tetapi, adakah ia selamat untuk dipanaskan semula?

Jawapannya, bergantung pada cara penyimpanan makanan laut tersebut. Jika ia terus dibekukan sebelum dipanaskan semula, makanan laut tersebut masih selamat untuk dimakan.

Namun, seafood yang telah dibiarkan lama pada suhu bilik berkemungkinan besar mengandungi pelbagai jenis bakteria yang boleh menyebabkan penyakit. Jadi, elakkan amalan memanaskan lauk yang mengandungi seafood ya!

Selepas ini, berhati-hatilah sebelum panaskan apa-apa jenis lauk. Bukan tidak boleh panaskan makanan, tapi pastikan anda menggunakan suhu yang panas ya!

Sumber: Insider

Baca:Macam manalah meniaga’ [VIDEO] Makanan Dihurung Lalat, Peniaga Selamba Buat Tak Tahu

Panaskan Makanan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.