Tak lama dulu, tular sebuah isu mengenai seorang pelakon wanita yang didakwa terjebak dalam hubungan songsang dengan seorang ‘pengkid’. Pelakon itu katanya sudah tidak lagi rapat dengan rakan-rakan selebriti dek kerana kehidupannya sekarang.
Susulan itu, tular di TikTok temuramah rancangan Melodi TV3 bersama selebriti, Didie Alias yang mendedahkan perasaannya apabila melihat rakan yang dahulunya rapat kini sudah ‘beralih arah’.
“Kehidupan ini kau yang pilih” – Didie Alias
Didie yang disoal penerbit Melodi, Michelle Wee berkenaan hal tersebut mendedahkan bahawa dia sudah banyak kali menasihati rakannya berkenaan dengan perhubungan songsang tersebut.
Malah katanya lagi, dia juga kasihan dengan anak rakannya yang terjejas ekoran sikap si ibu yang leka dengan hubungan tersebut.
“Kau kena ingat, kau ada anak remaja. Aku dah pesan dengan kau, anak kau tu bijak. Aku kesian sangat dengan anak kau tu.
“Mungkin aku tak cari kau, tapi aku doakan kau dari jauh semoga Allah tu bukakan hati kau kembali kepada ‘nama sebenar’ kau,” katanya.
Dalam pada itu, Didie juga berkata yang tidak sekali-kali mahu mengaibkan sahabatnya sendiri dengan mengungkit-ungkit hal yang lepas.
Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan itu salah,” katanya lagi.
@melodiberapi tak pernah tengok pelakon Didie Alias menangis sampai macam ini!!! #meloditv3 #fypシ #didiealis #fypシ゚viral
Didie juga pada masa yang sama memberi amaran kepada individu yang ‘berhubungan’ dengan rakannya itu untuk tidak mempermainkan rakan pelakon itu dan menjebakkannya ke jalan yang salah.
Malah Didie juga tidak mahu orang ramai mengutuk dan menyalahkan rakannya itu hasil daripada punca ‘individu’ terbabit.
Keluar headline kata ‘berkahwin’, itu dah lain dah. Bahagia dekat dunia je, esok lusa aku tak tahu kau sempat jumpa aku ke sama ada hidup atau mati.
“Kau cakap dengan aku kan, kita bersahabat sehingga ke liang lahad. Mana engkau? Aku dah bagi nasihat sepenuhnya…” kata Didie dengan penuh sebak.
Meskipun kesal dengan sikap sahabatnya itu, Didie tetap mendoakan agar pelakon yang terkenal dengan drama komedi berkenaan kembali ke pangkal jalan.
Sama-sama kita doakan okay?
Baca: “5 kali lafaz sebab ‘nervous'” – Bekas Mak Nyah Selamat Bernikah Dengan Bekas Pengkid