Majlis perkahwinan pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann yang diadakan di Pulau Langkawi pada Sabtu lalu telah mengundang perbalahan dalam kalangan netizen.
Ia selepas ramai berkongsikan video dan gambar pendakwah Mohamad Wadi Annuar Ayub yang dilihat membaca doa di majlis resepsi pelakon berkenaan.
Rata-rata netizen menyifatkan pasangan pengantin tersebut seolah-olah tidak sensitif apabila mengundang agamawan itu, ekoran busana yang dikenakan Janna ketika majlis berkenaan sedikit terdedah dan tidak menutup aurat.
Walau bagaimanapun, Caprice melalui akaun Instagramnyatelah mempersoal tindakan netizen yang menyelar kehadiran ustaz Wadi untuk membaca doa pada majlis berkenaan.
Menurut Caprice, tidak salah jika seorang ustaz mahu membaca doa dan sebagai umat Islam kita harus sentiasa mendoakan yang terbaik buat orang lain.
“Pada yang marah dan kecam kenapa ustaz Wadi hadir di majlis perkahwinan ala barat ini, kalau anda tak mahu ustaz baca doa, habis itu anda nak siapa yang baca doa?”
“Baguslah ada orang yang nak doa untuk kita. Kita semua sebagai umat Islam kena sentiasa doa yang terbaik untuk umat Islam termasuklah yang masih ‘jahat’ ini. Insya-Allah,” jelasnya.
Dalam pada itu, Caprice turut menjelaskan, dia tidak melihat sebarang kesalahan sebaliknya melihat kehadiran ustaz Wadi semasa majlis tersebut mungkin menjadi asbab dalam memberi kebaikan kepada tetamu yang hadir.
Tambah Caprice, ustaz Wadi memang sering mendekati artis dan influencer media sosial sekali gus dapat memberi manfaat kepada mereka semua.
“Perkara ini kecoh di media sosial, ramai kecam dan ada PU yang cuba tegur ustaz Wadi yang hadir pada perkahwinan ala barat Janna.”
“Kalau anda perasan, ustaz Wadi memang cuba rapat dengan artis dan influencer. Mana tahu disebabkan ustaz Wadi jentik hati artis-artis di Malaysia ini untuk cuba ubah ke arah lebih baik. Insya-Allah,” katanya.
Hmm apa pendapat korang pasal pendapat Caprice ni?
Baca : “Bila sampai baru saya tahu” – Ustaz Wadi Annuar Jawab Isu Hadir Majlis Resepsi Janna Nick