in

“Bagus mak pak dia ni”- Hebat! Anak Kecil Ini Berzikir Lebih 7000 Kali Selepas Tahu Kelebihan Ramadan

featured image

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, ibu bapa akan melatih anak mereka berpuasa pada usia 5 tahun. Itu pun hanya berpuasa sekerat hari sahaja, kerana bimbang tentang fizikal mereka yang masih tak mampu untuk tahan lapar dan dahaga.

Namun, situasi ini agak berbeza bagi seorang anak kecil ini, dia mampu menjalani ibadah puasa seperti orang lain. Wow..


Difahamkan, anak kecil ini merupakan anak buah kepada tukang masak selebriti terkenal, Allahyarham Chef Adamdidam atau panggilan manja pada anak kecil ini Mamajee.

fatimah1

Baru-baru ini tular di sosial media, anak kecil yang bernama Fatimah berusia 6 tahun ini telah membuktikan kepada ibunya bahawa dirinya yang kecil itu mampu menjalani ibadah puasa sama seperti orang dewasa lain.

Ibunya memuat naik sekeping gambar ke Instgaram @thefamily.uk yang menunjukkan Fatimah sedang duduk di atas sejadah sambil memegang tasbih digital dalam keadaan bertelekung.

Apa yang menarik, kepsyen pada gambar itu telah menceritakan apa yang Fatimah telah lakukan sehingga membuat orang ramai terpegun dengan sikapnya.

https://www.instagram.com/p/CARisUGgTEy/?utm_source=ig_web_copy_link

Saya akhirnya belajar tentang erti sebenar cinta daripada anak perempuan saya yang berusia enam tahun, Fatimah.. Sebaik sahaja dia mengetahui bahawa setiap amal soleh akan dilipatgandakan ganjarannya oleh Allah Taala sepanjang bulan Ramadan, sebuah tasbih digital telah menjadi sahabat karib baharunya sejak awal Ramadan lalu.

Dia dan tasbih itu seperti tidak dapat dipisahkan, kami selalu melihat dia tidur bersama tasbih di tangannya banyak kali! Sejak mula Ramadan sehingga sekarang, Fatimah sudah berzikir sebanyak 7,400 kali dan sekarang masih lagi berjalan! Angka itu sangat mengagumkan bagi seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tapi sebenarnya ada sebab lain di sebalik kesungguhannya itu..

Pada satu hari, saya terdengar Fatimah berdoa

Ya Allah, terimalah zikir ini dan amal soleh saya, dan berikanlah ia sebagai hadiah buat Mamajee kesayangan saya,”

Saya sangat tidak menyangka, doa sebegitu datang dari kanak-kanak enam tahun. Kemudian saya bertanya kepadanya, “Kamu berdoa kepada Allah agar memberi semua amalan kebaikan kamu untuk disedekahkan kepada Mamajee, tapi kamu pula bagaimana? Apa yang kamu harapkan dari Allah untuk diri kamu sendiri?”

Jawab Fatimah, “TIADA,”. Itu sahaja, hanya satu perkataan yang muncul dari bibirnya. Dia tidak mengharapkan apa-apa, tidak mahu apa-apa dan tidak memerlukan apa-apa untuk dirinya sendiri. Inilah cinta. Inilah cinta sejati.

Kita sendiri dapat lihat, gambar ini telah mendapat lebih dari pada 50K likes dan kepsyen yang menceritakan tentang Fatimah ini telah menyentuh hati netizen.

Im crying..blessed her

fatimah2

Im touched..

fatimah3

Sejuk perut mak adik, lahirkan adik….

 

Baca:  Nampak Macam Gila-Gila, Bacaan Al-Quran Mimi Peri Buat Ramai Terpegun

Annotation 2020 05 19 110033

 

 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.