Selain China, Itali adalah antara negara yang dalam keadaan kritikal akibat serangan Covid-19. Menyedari keadaan itu, kedutaan Malaysia di Itali membekalkan pek penjagaan atau ‘care-pack’ kepada rakyat Malaysia yang berada di sana.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah kandungan dalam care-pack tersebut. Antaranya ialah hand sanitizer, topeng muka, penyembur nyah-kuman, mi segera, dodol durian, serunding dan lain-lain. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok tweet @Krish_kumar22 kat bawah ni.
Terbaiklah
Dalam krisis kesihatan macam ni, benda terbaik untuk meneruskan kelangsungan hidup adalah dengan menjaga kebersihan. Pemilihan makan juga penting sebab kita tak mahu makanan kita tercemar.
Betul, macam admin cakap tadi pasal pemilihan makanan. Yang dalam bungkusan dan makanan jenis kering tu adalah pilihan terbaik.
Haa.. admin pun perasan gak. Maggi kari satu je, yang ayam tu sebungkus besar. Bukan musim corona ni je susah nak dapat, rupanya memang barang rare kat sana.
Memang terbaik lah kedutaan kita kat sana kan. Bekalkan makanan kita. Harap-harap semua yang kat sana tu sihat dan tak terjangkit lah ye.
Baca: [GEMPAR] Hotel Kuarantin Pesakit Covid-19 Di Beijing Runtuh, 70 Dilaporkan Terperangkap