Kecoh di platform media sosial selepas pempengaruh Cik Epal mengejutkan ramai apabila mendakwa telah dicederakan oleh isteri kepada bekas suaminya, Dewi.
Difahamkan, Cik Epal datang ke rumah Jofliam untuk menuntut barang-barang peribadi miliknya yang masih berada dalam kediaman berkenaan.
Bagaimanapun, berlaku kekecohan sehingga Cik Epal telah dicakar oleh Dewi ketika dia hendak memasuki rumah tersebut bagi proses pemindahan keluar barang, seperti yang didakwa.
Pada perkongsian sama, Cik Epal turut memuat naik video pendek memperlihatkan dirinya bercakap dengan nada tegas ingin mengambil barangan miliknya namun Dewi dengan pantas menutup pintu.
Artikel berkaitan: Thermomix, Air Fryer Antara 12 Barang Yang Dituntut Cik Epal, Minta Jofliam Pulangkan Apabila Hantar Anak-anak Nanti
Artikel berkaitan: Didakwa Mengganggu Ketenteraman Awam, Netizen Buat Aduan Terhadap Perniagaan Piza Jofliam
View this post on Instagram
“Penat tengok drama ni”
Insiden ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet, rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Cik Epal sehinggakan ramai yang meminta penyanyi rap dan aktivis Caprice untuk mengulas isu tersebut.
Caprice dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagramnya berkata, pada awalnya dia menyangkakan mesej yang diterimanya berkaitan kes jenayah, tetapi rupanya isu berkaitan dua pempengaruh terbabit.
Katanya lagi, kemelut yang berlaku antara kedua-dua pempengaruh itu sepatutnya tidak perlu dimuat naik dalam media sosial.
Dalam pada itu, Caprice juga menasihati Jofliam supaya pulangkan sahaja barangan yang dituntut bekas isterinya tanpa sebarang konflik.
“Ini nasihat dari saya, bro Jo (Jofliam), sebagai lelaki… bagi sahajalah bro… bagi je apa (barang) yang dituntut.
“Kita sebagai lelaki, kita boleh je mulakan hidup baru dengan isteri baru… beli je barang baru,” ujarnya.
View this post on Instagram
Justeru, Caprice berharap peguam daripada kedua-dua pihak berkenaan tampil membantu menyelesaikan isu mereka.
Harap isu diaorang dapat diselesaikan dengan cara baik.
Sumber: Instagram