Umum mengetahui kini musim berkempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) sedang berlangsung, banyak parti yang sedang giat berkempen dan menguarkan-uarkan calon mereka bagi mendapat tempat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
PRN kali ini menyaksikan ramai muka-muka baru yang sebelum ini tidak berkecimpung dalam dunia politik, seperti pemain bola sepak dan selebriti.
Antara yang menarik perhatian ialah calon Pakatan Harapan (PH) untuk DUN Lembah Jaya iaitu Syed Ahmad bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet.
Rapper ternama itu mengejutkan ramai apabila dia memberitahu dia sebenarnya sudah lama bergiat aktif dalam perihal parti tersebut.
Selain itu, antara personaliti yang menarik perhatian umum kali ini ialah bekas kapten Harimau Malaya, Baddrol Bakhtiar turut menjadi calon bagi parti Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Gurun.
Baru-baru ini, tular video yang memaparkan Baddrol yang kurang pandai bercakap di khalayak ramai dan menggunakan teks ucapan dalam satu acara ceramah.
@sinardailymy Malaysia U-23 former captain Baddrol Bakhtiar contesting under PN’s banner for Gurun seat says he wants to help Kedah become a state where the poor can seek shelter and the rich can devote themselves. #BaddrolBakhtiar #PerikatanNasional #Gurun #Kedah #StatePolls
Walaupun ramai yang menggunakan video itu sebagai bahan kecaman namun Altimet memberikan reaksi yang berbeza terhadap isu itu.
Meskipun berbeza parti, Altimet menerusi Twitter miliknya berkata perkara itu hanyalah perkara biasa dan skil untuk berhujah di hadapan ramai itu boleh digilap.
Respon pelantun lagu Mambang itu mendapat reaksi positif daripada netizen malah dia turut menambah menjaga kekuatan ukhuwah itu jauh lebih dari fahaman politik.
“Inilah calon contoh!”
Perkara itu membuatkan ramai netizen di Twitter memuji sikap positif yang ditonjolkan oleh rapper yang pernah menjulang anugerah persembahan terbaik di Anugerah Juara Lagu itu.
Best betul tengok healthy competition macam ni!
Baca: PKR Umum Altimet Bakal Bertanding Kerusi DUN Untuk PRN