Rasanya masalah mengenai ketagihan anak terhadap telefon pintar ini bukanlah satu perkara yang aneh buat ibu bapa zaman sekarang. Jadi, si ibu ini berikan satu idea bernas untuk membendung ketagihan anak dan sekaligus meningkatkan daya kreativiti anaknya.
Dalam perkongsian videonya yang kini tular, si ibu memberikan anaknya bermain PlayStation 2 (PS 2). Tapi mesti korang terfikir yang mungkin si anak tu akan ada ketagihan baru kan? Tapi tidak!
Artikel Berkaitan : Macam Budak Kecik! Gelagat Anak Bulus Ketagih Gajet Curi Perhatian, Paling Suka Tengok Kartun Cocomelon
Artikel Berkaitan : Kejang Muka Sebab Ketagih Main Game 9 Jam Setiap Hari
Menurut si ibu dari Indonesia ini, dia juga alami sikap anak yang ketagih main handphone sampaikan memberontak jika tidak diberikan gadjet tersebut.
Jelasnya, tidak dinafikan, ia adalah cara yang mudah terutamanya pada ibu bapa yang bekerja untuk tidak menambahkan lagi kekusutan. Namun jika tidak dibendung, anak mungkin akan terus memberontak.
Wanita ini menjelaskan bahawa dia mula mendapat ilham ketika melihat hasil kutipan duit raya anaknya. Dia membuat keputusan untuk membelikan anaknya itu PS 2 terpakai.
@inemjogja Bebas hp itu menyenangkan ?? #fakesituation
Pastinya si anak jadi makin teruja sampai sanggup melakukan apa sahaja untuk dapat bermain dengan permainan video itu.
Dia menetapkan syarat bahawa anak-anaknya hanya boleh main PS2 ini hanya pada hari Ahad dan waktu bermain hanya 1 jam 30 minit. Malah, dia juga meletakkan syarat bahawa sepanjang seminggu, anaknya tidak boleh bermain handphone.
Tidak dinafikan pada awalnya memang susah, tetapi si ibu ini tetap bertegas jika anaknya gagal, tempoh bermain bakal dipotong menjadi satu jam, jika gagal lagi, ibunya tidak kasi main.
Kata si ibu ini, teknik ini akhirnya berkesan dan anaknya banyak membantu si ibu ini membuat kerja rumah kerana dia dijanjikan tambahan 10 minit.
@inemjogja Membalas @Hildda Yuk sharing mungkin ada pengalaman lain dr bunda2 #ketagihanhp #fakesituation
Jadi, sepanjang tempoh anaknya tidak bermain telefon bimbit, si ibu mendapati bahawa anaknya kini banyak melukis dan ke kelas sukan dan macam-macam lagi perkara yang diminatinya.
Bagaimanapun, si ibu ini menyatakan cara ini adalah contoh kerana anaknya memang berminat dengan Play Station, mungkin ibu bapa lain boleh menggunakan kaedah ini dengan cara tersendiri.
Katanya, kini sudah masuk 2 bulan anaknya bebas daripada handphone dan bila di tempat awam, anaknya kini lebih tenang dan banyak meluangkan masa dengan melukis. Namun masih ada lagi ketika anaknya ‘terlepas’ menggunakan handphone dan dia masih mengekalkan kaedah ini.
Sumber : X