in

“Badminton out, menari pun out” – [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Syed Saddiq Menari

syed saddiq menari 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden MUDA, Syed Saddiq sering menjadi bualan warganet, beberapa hari yang lepas ramai netizen mempertikai style beliau bermain badminton.

Malah, rata-rata warganet menyuruhnya untuk mengambil kelas badminton agar dapat tingkatkan skil beliau.


Bukan itu sahaja, baru-baru ni telah viral sebuah video melalui akaun rasmi @MUDAMuar di Twitter yang memaparkan Syed Saddiq dengan beberapa orang penari sedang menari di sebuah pesta.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah cara Syed Saddiq menari yang kelihatan sedikit kekok dan keras berbanding penari-penari lain.

Ada juga netizen yang mengatakan Syed Saddiq sedang menari secara ‘off beat’ dan juga tidak menepati lenggok tarian tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku semasa ‘Full Moon Festival’ yang bertempat di Keraton Embah Anang di Johor.

artikel syed saddiq

“Badminton out, menari pun out..” – Netizen

Video yang menular itu telah meraih lebih 200,000 tontonan di Twitter (semasa artikel ini ditulis).

Warganet tidak melepaskan peluang ini untuk mengaitkan skil tarian Syed Saddiq kepada skil bermain badminton miliknya itu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat Syed Saddiq yang cuba menari di atas pentas itu dan menyuruh beliau untuk mengambil kelas menari juga selain kelas badminton.

Screenshot 2022 11 14 173113

Screenshot 2022 11 14 173133

Screenshot 2022 11 14 173200

Screenshot 2022 11 14 173245

Jawapan Syed Saddiq..

Selepas video itu menjadi viral, Syed Saddiq menjawab kepada beberapa komen yang mengkritik skil tariannya dengan mengatakan yang orang ramai perlu mengundi beliau semula agar beliau boleh focus kepada pembuatan dasar negara dan bukannya menari.

Apa pendapat korang? Patut ke Syed Saddiq ambil kelas menari?

FhdoLzjUcAEwRXc

Baca : Diperintah Bela Diri Susulan Pecah Amanah & Salah Guna Wang, Ini Kronologi Kes Syed Saddiq…

gefsdas 758x399 1

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.