Seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dia mengadu badanya terasa kebas dan mengalami kesukaran bernafas gara-gara mengutip sekeping duit kertas yang dijumpai di sebuah restoran di Amerika Syarikat.
Renne Parson telah menemui sekeping duit $1 di lantai tandas ketika keluarganya berhenti di sebuah restoran makanan segera di Nashville, Tennessee. Merasakan itu adalah rezeki yang tidak disangka-sangka, Renne mengambilnya dan menyimpan wang kertas itu ke dalam poket seluarnya.
Sejurus selepas menyimpan wang kertas itu ke dalam poket, Renne kembali ke kereta keluarganya dan memberitahu penemuan wang kertas itu kepada suaminya, Justin. Dia kemudiannya menggelap tangan dengan baby wipes bagi membunuh kuman yang mungkin melekat.
Secara tiba-tiba, Renne terasa seolah-olah tubuh badannya ditimpa batu bata dan terasa kebas. Panik dengan keadaan isterinya yang tiba-tiba kebas seluruh badan dan susah bernafas, Justin bergegas ke hospital.
Dalam perjalanan ke hospital, Renne sudah tidak sedarkan diri. Namun, pihak hospital bertindak pantas dan dalam beberapa jam Renne kembali normal.
Memetik sumber dari Savage Humans, wang kertas yang dijumpai Renne berkemungkinan telah digunakan untuk memotong dadah atau telah dilumur dadah dan tercicir di tandas restoran itu atau memang sengaja ditinggalkan di situ.