Memang dah lumrah seseorang manusia itu akan melakukan kesilapan dalam hidup. Sebab tiada siapa yang sempurna dalam dunia ini, gittuw.
Macam kisah kali ini, apabila penjual bunga membuat kesilapan pada kad ucapan yang ditempah oleh seorang pelanggan.
Dah sweet tapi…
Baru-baru ini, seorang wanita dikenali sebagai Patricia Knudsen telah berkongsi dia mendapat sejambak bunga beserta kad ucapan daripada teman lelakinya sempena anniversary ketiga mereka.
Namun apa yang menarik perhatian, perkara itu memang dah sweet tapi kad ucapannya pula yang buat kacau.
Halnya adalah, pekerja kedai bunga itu termasukkan sekali arahan yang diberi oleh teman lelaki Patricia ke dalam kad ucapan tersebut.
Perkara ini telah dikongsikan di Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/CNUHFF-Jk-z/
Mungkin ada antara korang yang masih tak perasan kan? Takpe cuba baca lagi.
“Dia ada satu kerja je”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian itu dan ada yang bergurau mengatakan bahawa pekerja itu hanya ada satu tugas.
So, siapa yang masih belum faham lagi? Baik jujur haa…