Apabila sudah bergelar ‘ketua keluarga’, memberikan yang terbaik kepada isteri dan anak-anak itu adalah satu kepastian.
Bukan saja dari segi bagi nafkah serta ilmu agama, bahkan insan bergelar ‘ayah’ ini sanggup melakukan apa sahaja demi keluarga tersayang.
Seakan sama dengan kisah kali ini, apabila seorang ayah cuba sedaya-upaya untuk memberi kejutan buat keluarganya.
Bagi roti sebagai hadiah
Baru-baru ini tular di media sosial apabila kisah seorang ayah yang memberikan roti sebagai ‘hadiah’ buat isteri dan anak lelakinya sempena hari jadi mereka.
Selain itu, ayahnya turut memberitahu yang dia tak mampu nak bagi apa-apa sebagai hadiah. Namun masih mengukir senyuman di pipi sang isteri dan anaknya itu.
Mula-mula ingat roti biasa, tapi selepas beberapa gigitan anak lelakinya mula sedar ada benda pelik dalam roti tersebut. Lepas diperiksa, rupa-rupanya si ayah ada masukkan duit ke dalam roti tersebut.
Perkongsian ini telah dimuat naik oleh anak perempuannya, @shamirahidayat di akaun TikToknya dan sehingga kini telah meraih lebih dari 100k tontonan.
@shamirahidayat_ Efforts seorang ayah ❤️ seorang lelaki yg takpernah berhenti menghargai kami . Semoga babah sentiasa sihat , berjaya dunia akhirat ✨ #fyp #esekeli #fy
Terus tersenyum si anak dapat duit dari ayahnya itu. Macam mana ayah dia buat tu, kreatif gila.
“Sweetnya ayah dia!”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan cara si ayah itu selain ada yang turut sebak kerana seakan tahu betapa besarnya harapan ayah untuk memberikan yang terbaik untuk keluarga.
Siapa yang masih ada ibu bapa tu, kita layan mereka elok-elok dan jangan lupa doakan kesejahteraan mereka selalu ya..