in

Azizulhasni Awang Jelaskan Situasi Yang Berlaku Lepas Penyertaan Dibatalkan Dalam Acara Keirin

Azizulhasni Awang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malam tadi waktu tempatan, peminat sukan Malaysia dikejutkan dengan berita penyertaan pelumba trek negara Azizulhasni Awang dalam acara Keirin di Olimpik Paris 2024 telah dibatalkan selepas Azizul didapati memotong derny (basikal elektrik yang berfungsi sebagai pacer) sebelum derny tersebut meninggalkan trek.

Jika ramai rakyat Malaysia yang kecewa dengan keputusan tersebut, Azizulhasni yang juga dikenali dengan nama The Pocket Rocketman sudah tentu jauh lebih sedih dan kecewa.


Pihak pasukan Azizulhasni iaitu jurulatih,  John Beasley dan pengurus pasukan, Izham Mohammad terus berjumpa dengan pihak panel komisar sejurus kejadian dan menjelaskan keadaan dan memohon untuk mereka lihat kembali video perlumbaan dan keputusan. Namun, pihak panel memilih untuk kekal dengan keputusan yang sama.

Azizulhasni Awang kemudiannya tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku ketika perlumbaan pusingan pertama acara Keirin semalam menerusi media sosial beliau.

Artikel berkaitan : Penyampai Buat Silap, Perkenalkan Korea Selatan Dengan Nama Rasmi Korea Utara Ketika Acara Pembukaan Olimpik Paris 2024

Artikel berkenaan: “Fahamkan nilai Olimpik” – Dikecam Sebab Bergambar Dengan Kunlavut, Ini Respon Hannah Yeoh

Ketika undian dibuat, beliau telah mendapat posisi terakhir iaitu posisi enam. Untuk pengetahuan semua, pelumba yang berada di posisi belakang bukanlah sengaja mahu berada di posisi tersebut ketika perlumbaan kerana kesemua kedudukan setiap pelumba telah ditentukan sebelum perlumbaan.

Namun, menurut The Pocket Rocketman, beliau kekal tenang meskipun dengan posisi tersebut kerana telah mempunyai perancangan tersendiri di mana hasil perbincangan dengan jurulatihnya, John Beasly, beliau akan terus kehadapan dan cuba mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin.

Ini kerana ada beberapa pelumba front runner berada di hadapan. Jika pelumba hadapan terus memecut awal, ianya akan meletakkan saya di situasi sukar untuk bergerak kehadapan pada kelajuan tinggi berdasarkan beberapa pelumba yang berada di hadapan saya,”

Berbaki satu pusingan sebelum pacer keluar saya sudah bergerak kehadapan secara perlahan-lahan dari belakang, ini sama ketika saya lakukan di perlumbaan Asian Championshops di KL dahulu juga. Perancangannya adalah untuk bergerak ke depan dan berada di sebelah luar pelumba pertama atau kedua dan selepas pacer keluat saya akan terus memecut untuk merebut kedudukan posisi paling hadapan (pertama). 

Namun, ketika lepas selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan dari pelumba Perancis. Himpitan itu terlalu agresif dan bagi saya ialah agresif dengan sengaja kerana melanggar saya dan saya hampir terjatuh.  Saya terselamat daripada jatuh kerana reaksi pantas dan kemahiran mengendalikan basikal yang saya miliki,” jelasnya.

2 1

3 1

Menurut Azizulhasni lagi, pelumba Perancis itu kemudiannya masih mengekori rapat dan masih cuba memberikan himpitan kedua.

Sebagai pelumba profesional dan elit, beliau juga tahu kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Difahamkan, kebiasaannya, di lap terakhir, pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50-55kmh namun pada perlumbaan malam tadi, pacer bergerak lebih perlahan dari kelajuan sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.

Saya yang sedang bergolak dengan pelumba Perancis itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut dan cuba back pedal sebagai cara untuk break namun malangnya tak sempat untuk memperlahan kelajuan seperti yang diinginkan,” jelasnya.

Beliau turut mengakui bahawa tayar belakang basikalnya memotong pacer sebelum pacer sempat keluar namun ianya berlaku secara tidak sengaja oleh kerana dirinya yang dihimpit secara berterusan oleh pelumba Perancis dan kerana pacer yang bergerak pada kelajuan hanya 40-45 kmh dan tidak pada kelajuan sepatutnya.

Azizulhasni Awang

The Pocket Rocketman walaubagaimanapun berharap semua rakyat Malaysia boleh memberikan sokongan dan doa kepada rakan sepasukannya, Shah Firdaus yang menggalas  tanggungjawab dan harapan untuk membawa pulang pingat emas untuk kontinjen Malaysia.

Sumber: X @AzizulAWANG

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.