in

Azharina Bakal Ambil Tindakan Undang-undang Isu Lagu La Bamba, Konon Didakwa Kantoi Tipu Tok Ram

Ft Azharina Komen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terpanggil dengan isu dakwaan yang mengatakan penyanyi ini telah menipu Tok Ram (Ramli MS) dalam program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Azharina telah tampil memberikann kenyataan balas.

Kata penyanyi lagu Elegi Sepi itu, dia turut akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaan tersebut


Article Berkaitan : Azharina Kantoi Tipu Tok Ram, Netizen Jumpa Video Pernah Nyanyi Lagu ‘La Bamba’?

Artikel Berkaitan : “Orang Sabah memang suara padu” – Netizen Terpukau Dengar Vokal Mantap Pelajar Ini

Menjawab tentang isu penyanyi ini dikatakan menipu Tok Ram dengan mengatakan bahawa dia tidak pernah menyanyi lagu La Bamba sebelum ini, Azharina menyatakan bahawa video yang tular itu telah dirakam kira-kira dalam 7 tahun lepas.

Tidak dinafikan pada ketika itu, nyanyiannya terhadap lagu La Bamba tidak begitu bagus dan ‘ke laut’ kerana ia dinyanyikan secara spontan.

Malah, Azharina turut menyatakan bahawa dia sudah terlupa akan persembahan lagu La Bamba itu kerana sepanjang 7 tahun bergelar penyanyi, sudah terlalu banyak dan tak terkira ‘show’ yang telah dia persembahkan.

Berbalik kepada isu netizen, Azharina menyatakan dia mengenali identiti netizen yang menyebarkan video dan dakwaan tersebut. Malah, Azharina juga tahu bahawa individu tersebut merupakan admin kepada sebuah fan club seorang artis.

Azharina pada masa yang sama menyatakan bahawa dia sudah berunding dengan peguamnya untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu terbabit.

Katanya lagi, segala kandungan yang mencalarkan imejnya yang dibuat oleh individu terbabit telah pun disimpan sebagai bahan bukti.

Sumber : X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.