Sejak kebelakangan ini, dua personaliti terkenal iaitu Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq serta selebriti Bella Astillah sering dilihat melakukan banyak aktiviti bersama.
Mereka dilihat pergi membeli-belah bersama serta yang paling menarik perhatian ialah mereka berdua berjaya mendaki gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu bersama.
Artikel berkaitan: “Tak paham, cuba kahwin” – Naik Gunung Kinabalu Bersama, Netizen Harap Syed Saddiq & Bella Astillah Berjodoh
Artikel berkaitan: Dr Zulkfli Usik Syed Saddiq Pasal Kahwin, Ajak Orang Muo Beramai Turun Merewang
Pada asalnya, Ahli Parlimen Muar itu membuat cameo dalam muzik video lagu Bella Astillah yang berjudul Tapi Bukan Denganmu kemudian mereka difahamkan terlibat sama menjadi model bagi jenama pakaian tempatan, Primavalet.
Sejak itu, mereka sering memuat naik hantaran yang memaparkan keakraban mereka dan hari ini Syed Saddiq telah membawa Bella serta anak sulungnya, Ayden ke Parlimen.
@emysamsudin BASS di Parlimen hari ini #parlimenmalaysia #bellaastillah #syedsaddiq #BASS
Kehadiran pelakon serta penyanyi berusia 30 tahun itu di Parlimen pagi ini pastinya mencuri tumpuan ramai dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada ahli politik serta orang awam.
Malah, ramai juga ahli politik seperti Mas Ermieyati Samsudin, Young Syefura serta Syerleena Abdul Rashid tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan pasangan itu.
Meskipun spekulasi mengenai hubungan mereka semakin hangat diperkatakan, kedua-duanya memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan status sebenar hubungan mereka.