Tak tahulah admin nak cakap apa, rasa speechless, tergamam bila baca komen seorang netizen ni. Dalam masa yang sama, bukanlah berniat nak memperlekehkan barisan penyanyi baru, cuma perbendingan yang diutarakan gadis ini, memang tak masuk akal.
Katanya, Ayda Jebat terlalu bagus jika ingin dibandingkan dengan penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Sebagai peminat tegar, dia juga menyatakan bahawa vokal penyanyi lagu Pencuri Hatiku ini setaraf dengan lagenda luar negara.
Ayda adalah bukti artis sedang berjaya sekarang ni…Ayda Jebat dengan Fara Hazel bakal pengganti sebagai penyayi nombor 1
Menursi keratan gambar yang dikongsi oleh pengguna Twitter ini. Ia merupakan komen daripada laman Youtube.
Bagi gadis ini, Ayda Jebat dan Farah Hazel adalah pengganti Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk merampas takhta sebagai penyanyi nombor satu negara tahun hadapan.
Ayda Jebat punya lagi tinggi suara macam Whitney Houston…Siti ‘try hard’
“Kena banyak belajar lagi ye siti kalau nak nyanyi lagu irama Malaysia”
Menurut gambar yang dikongsikan, komen confident level tahap dewa itu berikan di dalam muzik video single terbaru Datuk Siti Nurhaliza, Anta Permana. Katanya, Ayda Jebat ini setanding dengan Whitney Houston dan Datuk Seri Siti NUrhaliza ini dianggap sebagai try hard.
Malah, dia siap pesan kepada penyanyi nombor satu yang terkenald enagn lagu Cindai & Hati Kama itu agar harus memperbaiki vokalnya dan perlu belajar banyak jika ingin menyanyi kan lagu irama Malaysia.
Confident tahap dewa – Netizen
Komen netizen? Biasalah ada yang bengang, ada yang pelik, tapi rata-rata mempersendekan confident tahap dewa wanita ini. Alahai! admin pun tak bernai nak komen kelu lidah, sebab sangat berilmiah kritikan dia tak terjangkau dek akal.
Baca : Peminat Bandingkan Cara Siti dan Shila Berdepan Dengan Isu