in

“Ayash senyum kat ibu ke” – Foto Anak Bongsu Shuib Senyum Lihat Dekat Satu Arah Undang Sebak Netizen

Ft Ayash

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pemergian Allayarhamah Siti Sarah Raissuddin pada Ogos sangat memberikan kesan kepada seluruh rakyat Malaysia, khabar duka buat suaminya, pelawak Shuib Sepahtu itu membuatkan orang ramai terbuka mata betapa bahayanya virus Covid-19. Al-fatihah..

Arwah meninggal dunia selepas melahirkan anak bongsunya Ayash Affan, kini umur Ayash sudah masuk 3 bulan dan baru-baru ini Shuib ada buat satu kenduri Tahnik untuk Ayash.


 

“Ayash senyum dekat siapa tu sebelah daddy sayang.” 

Satu foto dimuat naik oleh Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37 menunjukkan gambar dia mendukung Ayash, apa yang menjadi perhatian netizen adalah melihat Ayash senyum di satu arah dan Shuib memberikan kapsyen yang membuatkan ramai rasa sebak.

https://www.instagram.com/p/CWV0wtnvIY-/

 

Ayash nampak ibu ya – Netizen

Ramai netizen menganggap bahawa Ayash seolah-oleh senyum kepada arwah ibunya.

Ayash Ayash2 Ayash3

Lebih sebak lagi apabila ada netizen di Facebook menyunting gambar Shuib bersama arwah yang seakan-akan memegang Ayash.

https://www.facebook.com/lovebungaqueridanew/posts/1770998033088071

Foto itu telah meraih 11K jumlah perkongsian dalam masa 5 jam ia dimuatnaik. Lapor Kosmo! Foto ini adalah sewaktu majlis aqiqah, cukur jambul dan tahnik Ayash Affan  yang disempurnakan Ustaz Tarmizi Abdul Rahman di kediaman Shuib di Puchong, Selangor.

Pada majlis sama, turut diadakan majlis tahlil 100 hari untuk Allahyarham Siti Sarah malam tadi. Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin, 36, meninggal dunia setelah beberapa hari bertarung nyawa akibat jangkitan COVID-19. Al-fatihah.

 

Baca : “Bidadari Syurga sentiasa ada” – Ramai Sayu Lihat Shuib Bawa Selendang Siti Sarah Cuti ‘Bersama’ Di Langkawi

Page Shuib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.