in

“Ayah takkan maafkan…” – Bapa Sedih Anak Umur 6 Tahun Kudung Kaki Lepas Kemalangan

Syaz Ft 2024 11 19T110151.937

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kadangkala, meskipun kita sudah berhati-hati di jalan raya dan menjadi pengguna yang berhemah namun kemalangan masih boleh berlaku disebabkan pengguna yang lain.

Itulah yang terjadi kepada Muhd Muaz Aiman Maslan, 30, apabila dia dan anak tunggal perempuannya yang berusia 6 tahun, Annasya Miqaila dilanggar ketika menunggang motosikal oleh sebuah kereta tidak bertanggungjawab.


Artikel berkaitan: Abai Anak Isteri, Suami Sedap ‘Makan’ Duit Sumbangan Sampai Malas Nak Cari Kerja Lepas Pulih Kemalangan

Artikel berkaitan: Lagi Kemalangan Libatkan Treler Bawa Muatan Kontena, Mangsa Meraung Minta Tolong Dalam Kereta

Anaknya terpaksa dipotong kaki kiri akibat cedera dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Sempang Bekoh – Asahan di Jasin, Melaka pada jam 5 petang pada 9 November lalu.

Menerusi video tular berdurasi 53 saat yang dikongsikan keluarganya, Muhd Muaz Aiman turut mengimbau kejadian didakwa berpunca SUV berkenaan membuat pusingan U di garisan berkembar di situ dan melanggar motosikal Yamaha 135LC ditunggang bersama anaknya.

Menurut laporan Berita Harian, difahamkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Batu 4, Batu Berendam selepas tidak jadi berkhemah dan mandi di Laman Tiga Budaya, Asahan disebabkan hujan.

“Luluh hati saya tengok dari jauh kaki anak terkulai dan tanpa fikir panjang aku seret kaki kiri yang patah untuk pergi dekat sambil memanggil namanya untuk kejutkan dia dari pengsan.

Kami dikejarkan ke hospital dan aku berdoa supaya semuanya berjalan lancar dan dapat selamatkan kaki dia, tapi Allah beri ujian yang lebih berat.

…aku kesal. Aku salahkan diri sendiri. Aku termenung memikirkan masa depan anak yang baru berusia 6 tahun tapi sudah kehilangan kaki. Cacat seumur hidup semuanya disebabkan kecuaian orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, adiknya, Munir Arif berkata abangnya yang juga pekerja kilang dibenarkan keluar dari Hospital Melaka Jumaat lalu selepas menjalani pembedahan bagi memasukkan besi pada kaki kiri.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.