Sepanjang tempoh PKP ni, mesti ramai yang suka menonton drama Melayu kan. Mungkin sebelum ni nak tengok tak sempat sebab busy bekerja kan.
Tapi, ada juga penonton yang suka pay attention to details bila tengok drama.
Rupanya, dalam babak Remy Ishak dan Idzham Ismail bersahur dalam drama Bukan Gadis Biasa yang ditayangkan di TV3 baru-baru ini, penonton perasan pelakon utama iaitu Remy telah mengaminkan niat puasa yang dibaca dengan kuat oleh Idzham Ismail.
https://www.facebook.com/1480142813/videos/10216712857562058/
Rata-rata netizen mengganggap babak secara spontan itu lucu. Tak kurang ada juga yang mempersoalkan situasi itu.
Namun, kedua-dua pelakon telah tampil memberi penjelasan tentang babak tersebut. Katanya, mereka hanya sedar kesilapan tersebut semasa drama disiarkan pada Selasa lepas, lapor mStar.
Idzham mengatakan dia mungkin terikut-ikut dengan wataknya sebagai lelaki yang kelam-kabut dalam drama tersebut. Katanya, semasa babak tersebut dilakonkan, kesemua pelakon dan kru di set drama tidak perasan pun tindakan Remy yang mengaminkan niat puasa tersebut.
Mereka juga meminta maaf kalau babak tersebut telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan penonton.
Korang jangan risau, tak salah pun di sisi agama jika kita baca niat puasa secara kuat, cuma lagi afdal kalau baca dalam hati je.
Baca: Guna Pelakon ‘Tua’ Sebagai Watak Budak Sekolah, Drama TV1 Ini Terima Kecaman