in

“Awal tunjuk bakat dik” – Netizen Terhibur Tengok Budak Perempuan Panjat Pagar Hari Pertama Sekolah

Panjat Pagar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi  2023/2024, pelbagai gelagat yang dirakamkan terutamanya bagi adik-adik yang baru mula bersekolah buat pertama kali.


Antara yang menarik perhatian adalah gelagat seorang pelajar sekolah rendah yang dilihat berjaya membolosi pagar sekolah namun sempat ‘dicekup’ oleh pihak sekolah.

https://www.tiktok.com/@_tineyeny/video/7212498687799397659?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7198342224609445378

Video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @_tineyeny itu menarik perhatian ramai netizen, pelajar sekolah rendah yang kelihatan sedang dikejar oleh seorang guru itu bertindak memanjat pagar utama sekolah itu dan berjaya bolos.

Namun, cubaan tuang sekolah oleh kanak-kanak itu gagal apabila pengawal keselamatan itu mendukungnya dan masuk kembali ke sekolah, dia turut kelihatan sedang menangis teresak-esak.

“Ini memang rare” 

Rata-rata netizen kagum dengan kepantasan kanak-kanak tersebut dan terhibur dengan perbuatannya itu malah ada juga yang turut berkongsi pengalaman mereka semasa dibangku zaman persekolahan.

Cats 43

Pun begitu, ada juga netizen yang merasakan ianya sesuatu yang amat merisaukan kerana ia sesuatu yang boleh menggugat keselamatan kanak-kanak itu.

Cats 44

Korang ada tak pengalaman macam adik ni?

Baca: “Warnanya dah lusuh” –  Tukang Jahit Sebak Pelajar Minta Labuhkan Seluar Sekolah

Tukang Jahit Seluar Sekolah Lusuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.