in

“Awak terlalu baik untuk saya” – Minta Cerai Selepas 18 Bulan Berkahwin Kerana Suami Terlalu Penyayang

bb 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap wanita di luar sana pasti mendambakan suami yang romantik dan penyayang. Apatah lagi jika dapat bersuamikan seorang yang rajin membuat kerja rumah.

Namun, fantasi indah itu tidak pula menjadi impian seorang wanita dari Uttar Pradesh, India ini apabila telah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya selepas 18 bulan berkahwin.


Punca utama permohonan cerai itu dipercayai kerana suaminya terlalu penyayang

b3 4

Menerusi laporan Astro Awani yang memetik The Week memberitahu wanita tersebut berasa muak dengan kebaikan suaminya. Suaminya juga sering meluahkan perasaan sayang membuatkan dia berasa rimas.

Wanita itu juga memberitahu bahawa suaminya sering memaafkannya apabila melalakukan kesalahan malah sedikit pun suaminya tidak memarahinya.

“Setiap kali saya melakukan kesalahan, dia selalu memaafkan saya… saya pelik” 

Apabila wanita itu menyatakan hasrat untuk berpisah, suaminya turut bersetuju. Makin pelik pulak.

 

Mohon cerai di dua mahkamah

Mahkamah telah menolak permohonan penceraian itu kerana menganggap tindakan tersebut sebagai melulu.

Wanita berkenaan masih meneruskan usahanya dan mengajukan pula permohonan cerai di Panchayat, namun usahanya masih tidak membuahkan hasil.

b 5 1

 

Sayang salah, tak sayang salah. Tapi apa-apa pun sebaiknya berbincang dulu antara dua pihak. Cari jalan penyelesaian yang terbaik.

 

Baca: Baru 3 Minit Diijab Kabul, Pasangan Pengantin Bercerai Disebabkan Hal Remeh

b2 2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.