Berikutan dengan keputusan mahkamah terhadap pembebasan tertuduh dalam kes langgar remaja berbasikal lajak sampai maut beberapa hari lepas, ibu kepada salah seorang mangsa yang maut iaitu Allahyarham Fauzan Halmijah , meluahkan rasa kesal terhadap kutukan warganet.
Kata Nur Cahaya Amrul, 39, dia terima dengan keputusan mahkamah untuk membebaskan tertuduh dan redha dengan apa yang sudah terjadi, tetapi dia agak terkilan dengan tohmahan netizen lemparkan yang terlalu menyalahkan dirinya sebagai ibu.
BUDAK-BUDAK itu (lapan mangsa basikal lajak), dia sudah ‘bayar’ kesalahan dengan nyawa. Kenapa warganet masih perlu menghukum kami?”
Menerusi Harian Metro hari ini, Nur Cahaya Amrul akui dirinya tertekan sepanjang 2 tahun menanggung rasa sedih terhadap pandangan sinis masyarakat.
Katanya lagi biarpun dia dan suami Halmijah Selamat, 49, menerima keputusan mahkamah, namun naluri keibuannya terguris dengan komen negatif dilemparkan netizen.
“Hati saya terguris, semua komen negatif dikongsikan di Facebook (FB) memburuk-burukan orang tua (keluarga kepada mangsa kemalangan maut).
“Dari awal kes, orang menyalahkan orang tua dan kesan emosi tidak sehebat dulu kerana ketika itu saya tidak memiliki telefon bimbit. Tetapi, ketika ini, kenyataan mereka mengguris hati saya,”
Kutukan dan sindiran masyarakat telah membuatkan dirinya tidak berani berhadapan dengan orang awam.
Macam saya, sebaik ibu bapa pelajar selesai mengambil anak mereka, barulah saya ambil anak di sekolah”
Lebih mengguriskan hatinya lagi, dia seringkali mendengar soalan berulang daripada masyarakat yang kerap mempersoalkan mengapa arwah berada di lokasi kejadian.
“Saya tidak mahu mendengar soalan berulang yang mempersoalkan mengapa anak (arwah) berada di sana,”
Menurutnya, jika berdepan soalan seperti itu, dia cuba membalas ringkas, apa yang berlaku sudah ketentuan Allah.
Namun begitu, sebagai manusia yang mempunyai batas kesabaran, dia akui pernah berang dengan persoalan sinis tersebut.
“Pernah saya membalas, awak tanyalah malaikat maut, kenapa dia ambil anak saya kat sana (lokasi kemalangan)? Saya pun tak tahu. Kalau saya tahu kematian akan datang, mungkin mudah. Sebaliknya, kita tidak tahu mati itu bila dan tempatnya di mana.”
Katanya kalau kalau boleh semua orang nak mati husnul khatimah (dengan cara baik). Tapi dia tak boleh buat apa-apa kerana Tuhan telah tetapkan cara begitu,
Bukan disebabkan apa yang majistret cakap (putuskan) tetapi komen (netizen dalam) FB”
Menurutnya, paling mengguris hatinya, sebaik membaca komen netizen sejurus mahkamah membebaskan jurujual wanita yang terbabit insiden itu.
“Emosi saya bergoncang (berdepan cemuhan masyarakat yang memberi komen negatif) tengah hari itu,”
Menurutnya, pihak keluarga seakan tidak percaya dengan keputusan kes berkenaan. Ia sekaligus telah membuatkan emosinya terganggu sehingga menyebabkan hilang selera makan dek kerana cemuhan warganet itu.
“Saya bukan saja tidak lalu makan, malah kepala sakit membaca komen melampau netizen. Bagilah komen yang berfaedah. Kalau tidak berfaedah bagi pengajaran pun tidak apa. Kami boleh terima, tapi jangan kutuk.”
Paling mengejutkan yang beri komen negatif adalah Muslim yang lebih tahu mengenai perbuatan itu (beri komen negatif).
Katanya lagi, warganet sepatutnya mendoakan semua arwah bukannya menghentam keluarga yang masih bersedih dengan kehilangan insan tersayang.