in

“Awak jangan kacau periuk nasi orang” – Dituduh Sombong, Kieda Crepe Ada Isu Dengan Abang Kopi?

Abang Kopi Kieda Crepe Gaduh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, nama usahawan terkenal, Kieda Crepe sering menjadi sebutan ramai dek kerana beberapa kisah yang tidak enak sedang viral mengenai dirinya.

Namun muncul lagi satu kontroversi baru melibatkan Kieda atau nama sebenarnya, Siti Khalieda Yusra, apabila dia didakwa tidak sebulu dengan seorang influencer di TikTok yang digelar sebagai Abang Kopi yang mengusahakan @thesumkopi.


Artikel berkaitan: “Tak kisah apa anggapan orang” – Meskipun Dikeji, Kieda Crepe Dipuji Kongsi Rezeki Dengan Orang Susah

Artikel berkaitan: “Mana semua orang?” – Sunyi Sepi, Kieda Crepe Pelik Orang Tak Datang Kedai ‘Support’ Vendor

Abang Kopi tegur Kieda Crepe? 

Menerusi video yang dimuat naik semula netizen di TikTok, Abang Kopi dilihat telah membuat permohonan maaf atas tindakannya yang membuatkan ramai kurang senang, terutamanya kepada Kieda Crepe.

Menurutnya, dia telah menerima perkongsian followers tentang live TikTok Kieda Crepe dan mendakwa dia tidak boleh melihat sesi live tersebut kerana telah di’block’ oleh usahawan itu.

Ak 1

Tidak puas hati dengan perkara tersebut, Abang Kopi menggunakan sebuah lagi akaun TikTok untuk memasuki live berkenaan dan bertanyakan sendiri sebab kenapa dia telah di’block’.

Kieda yang menjawab persoalan Abang Kopi itu menjelaskan bahawa dia berasa jengkel dengan komen yang ditinggalkan lelaki itu iaitu ‘nak kopi’ dalam video-video TikTok yang viral.

Apa yang viral semua masuk. Abang berniaga, saya berniaga. Periuk nasi abang saya tak pernah kacau, periuk nasi saya jangan kacau,” kata Kieda.

Kida Sombong

Abang Kopi kemudian menjelaskan bahawa komen yang ditinggalkannya itu tiada kaitan dengan mengganggu periuk nasi orang lain dan sebagainya.

“Cara marketing dia tak padu kot” – Kieda

Dalam sesi live itu juga, Kieda dilihat menegur cara marketing Abang Kopi yang dikatakan tidak ‘padu’ dan membandingkan cara dia mempromosi perniagaan.

Kopi satu please, kopi satu! Marketing tak padu lagi tu, bang. Bagi padu dulu. 

Marketing padu macam ni lah bang (kamera menghala ke arah orang ramai). Haa tu bang, insyaAllah padu rezeki macam ni bang. 

“Padu macam ni,” katanya.

Marketing Padu Baq Hang

Abang Kopi kemudian menjelaskan bahawa terdapat pelbagai cara untuk seseorang membuat promosi atau mendapat perhatian ramai dalam menaikkan perniagaan.

Caranya pula adalah dengan meninggalkan komen di TikTok untuk membuat promosi terhadap bisnes tersebut.

Apapun, saya nak minta maaf. Saya nak minta maaf pada semua TikTokers, content creator, account yang ada video viral dan kepada semua orang yang saya ada komen, ‘ada siapa-siapa nak kopi tak?’. 

“Andai kata komen saya melukakan hati anda, maafkan saya. Jujur demi Allah saya tak ada sebarang niat nak melukakan hati siapa-siapa,” katanya.

@mixmass88

sombong betul la cara bercakap😂#fyp

♬ original sound – Mixmass – Mixmass

Apa-apapun sebaiknya kita janganlah komen yang negatif terhadap mereka. Mungkin ada sebab Kieda marah dan lebih baik kita doakan semoga mereka berbaik semula. 

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.