Lantang dalam memberikan teguran kepada lelaki yang tidak menjaga kesihatan tubuh badan, golongan artis dan lelaki lembut di media sosial, jurulatih kesihatan Tareq Fit dilihat seorang manusia yang ‘kalis kecaman’.
Segala teguran yang diberikan kepadanya pasti akan ditepis dan dianggap lemah emosi, bagaimanapun, bintang komedi Nizam Jentik-Jentik ini dilihat telah berjaya membuatkan Tareq Fit terdiam.
Artikel berkaitan: “Sebut nama saya dalam podcast, block saya pulak” – Ustaz ‘Hilang Sabar’ Dengan Sikap Tareq Fit
Artikel berkaitan: “Kenapa ramai lembut-lembut” – Ojen Aiwah Terguris Hati Dikutuk Tareq Fit Tanpa Sebab
“Awak ambil sunnah part badan fit je, jaga tutur kata…”
Ia bermula apabila Tareq Fit muat naik satu hantaran dengan mempersoalkan agamawan sekarang yang mempunyai perut buncit jika dibandingkan dengan zaman Rasulullah.
Terpanggil dengan kenyataan itu, Nizam Jentik-Jentik tampil beri respon dengan mempersoalkan semula mengatakan bahawa mengapa orang yang berbadan sasa tidak mahu jadi agamawan.
Disebabkan itu, perdebatan di antara mereka mula terjadi, boleh baca lebih lanjut di bawah…



Sebelum perdebatan mereka berakhir, Tareq Fit memberikan pesanan sinis kepada Nizam untuk tidak lemah emosi.
Tidak duduk diam, Nizam menepis teguran sinis itu dan sempat membalas teguran supaya tidak perlu samakan rutinnya dengan orang lain.

Perkongsian itu telah mendapat tumpuan orang ramai dan rata-rata bersetuju dan bersependapat dengan apa yang diperkatakan oleh Nizam ini.
Sumber : Threads
