in

“Awak bawa Myvi ke?” – Lelaki Kena ‘Reject’ Makan Malam Sebab Tak Bawa Mercedes?

Myvi Merc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, wanita atau lelaki mempunyai ciri-ciri yang spesifik dalam memilih pasangan dan ianya ada sesuatu yang subjektif.

Namun, itu bukanlah tiket untuk kita menghina individu lain hanya kerana ciri-cirinya tidak seperti yang kita mahukan.


Artikel berkaitan: ”Dah mcm Mr Bean” – Bawa Sofa Letak Atas Bumbung, Myvi Ini Dapat Perhatian Orang Ramai

Artikel berkaitan: Viral Kes Mazda Dibakar Di Jitra, Pemilik Video Syak Pelaku Datang Esoknya Nak Bakar Mercedes Pula

Seperti yang tular baru-baru ini, sebuah video memaparkan keterujaan seorang lelaki yang ingin keluar dating buat pertama kalinya dengan seorang wanita yang ditemuinya secara online bertukar tragedi kerana dia tidak membawa kereta mewah.

@affeqarfan__

Hina sangat ke bawak myvi. #fyp #fypシ゚viral #materialistik

♬ original sound – AffeqArfan_ – AffeqArfan_

Dalam video perkongsian @affeqarfan__ itu, difahamkan mereka ingin keluar makan malam pertama kali namun lelaki itu dimarah hanya kerana memandu kereta Perodua Myvi dan tidak membawa Mercedes.

Menerusi video itu, wanita tersebut seakan tahu lelaki itu ada kereta Mercedes dan lelaki itu juga menjelaskan kepada wanita itu bahawa tayar kereta mewahnya itu sedang dibaiki.

“Lah pasal kereta je?” 

Perkara itu sudah pastinya menimbulkan kemarahan netizen, malah ada yang mengatakan wanita tersebut bertindak keterlaluan.

Cats 55

Ada yang mengatakan video berkenaan hanya sekadar content namun ianya masih boleh dijadikan pengajaran untuk semua.

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.