in

“Awak ada henset kan? Google lah sendiri” – Doktor Buat Tak Endah Pada Mangsa Kemalangan Di Wad Kecemasan

Accident4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dengan slogan “Kami Sedia Membantu”, tugas seorang doktor adalah untuk memastikan keadaan pesakitnya sentiasa terkawal. Kita sebagai rakyat marhaen sudah semestinya akan bergantung kepada mereka untuk mendapatkan bantuan yang sepatutnya.


Namun, Aliaa Ariff begitu kecewa dengan sikap doktor apabila mangsa kemalangan yang dalam kesakitan ingin memohon kerjasama daripada seorang doktor tapi dibalas dengan jawapan yang begitu amatur sehingga boleh dikatakan melanggar etika seorang doktor.

 

Awak ada henset kan. Awak google lah sendiri”

Accident Accident2

Katanya pesakit mengadu sakit tapi kesakitan itu diabaikan, pemeriksaan X-ray telah dibuat tapi tidak kata apa-apa. Lebih teruk lagi, mangsa dibiarkan pulang dengan baju hospital siap disuruh pulangkan dan kena basuh sendiri lagi.

Apa yang dibekalkan ketika pulang hanyalah ubat tahan sakit, barangkali kesan daripada kemalangan, mangsa sering mengadu sakit. Sebagai orang biasa yang tak tahu apa-apa mereka tanya hal ini kepada doktor.

“Awak doktor ke?”
“Awak ada henset kan. Awak google lah sendiri” 

Kecewa dengan servis yang diberikan, dia bawa mangsa ke Klinik GP berdekatan. Terkejut apabila mengetahui bahawa mangsa rupa-rupanya mengalami keretakan di bahagian lutut di kedua-dua belah kaki.

Selepas itu, mereka bahawa ke hospital lain dan barulah menerima rawatan perlu. Aliaa menzahirkan rasa terkilan kerana rakyat marhaen sepertinya yang tak tahu apa-apa dilayan sedemikian rupa.

 

Baca : “Doktor kata takda harapan” – Semasa Lahir Gadis Ini Disahkan Sindrom Down, Tapi Bila Dewasa Hebat Di Pentas Peragaan

Down

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.