in

“Auto pucat muka” – Pak Azad Cuba ‘Pinjam Seratus’ Dari PMX, Tapi Dapat Ceramah Pula

azad jumpa pmx

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Trend ‘pinjam seratus’ kini sedang tular di TikTok, apa yang asalnya hanyalah sekadar gurauan untuk meminjam duit daripada rakan-rakan, menjadi semakin tular apabila penyanyi rock lagenda, Awie menyanyikan ‘pinjam seratus’ seperti lagu hit kumpulan Wings, Nur Nilam Sari.

Lebih menghiburkan, ramai antara netizen yang menggunakan trend tersebut dalam situasi yang sangat tidak dapat dijangka.


Artikel berkaitan: PMX Sampaikan Khutbah Jumaat Di New York, Sempat Pimpin Pengislaman Saudara Baru

Artikel berkaitan: Nafi Perli Mamat Exist, Nabil Ahmad Perjelas Maksud ‘Berada Di Tempat Tinggi’

Pada Ahad lalu, ketika konsert mingguan Gegar Vaganza sedang berlangsung, pengacaranya Nabil Ahmad membuat gimik pinjam seratus ini kepada salah seorang juri iaitu Dato Ramli MS. Selepas membuat gimik tersebut, Nabil kemudiannya mencabar rakan penyampai radionya, Azad Jasmin untuk ‘pinjam seratus’ daripada Perdana Menteri Malaysia (PMX) Dato Seri Anwar Ibrahim pula.

https://www.tiktok.com/@asampedaskaww2/video/7287603961706728706?_t=8gPcNCbG280&_r=1

Tanpa diduga, Azad Jasmin atau lebih dikenali sebagai Pak Azad menyahut cabaran tersebut dan menghadirkan diri ke Parlimen Malaysia untuk meminjam seratus kepada PMX.

@era.je

Replying to @fazlieffendi Cayalah Azad! Haha Amacam @nabilzira & @radin_era ? @azadsyaziraroses dah jumpa Perdana Menteri, Dato Seri @anwaribrahim_my ni ???

♬ original sound – ERA – ERA

Cabaran itu berjaya disahut Pak Azad, namun terdapat plot twist apabila PMX tidak memberikan RM100 sebaliknya memberikan ‘ceramah’ berkenaan tatakelola serta nasihat kepada rakyat.

Pun begitu, pada awalnya, PMX kelihatan sudah bersedia untuk mengambil wang tersebut dari poketnya sebelum Pak Azad menukar untuk meminta kata-kata semangat dari PMX.

“Terus usaha, masa yang terbaik sekarang untuk beralih kepada keadaan lama kepada keadaan baru dalam negara kita.

Tatakelola yang baik dan semangat rakyat untuk selamatkan negara dan angkat martabat Malaysia sebagai negara hebat,” pesan PMX.

Sejurus pertemuan singkat itu, Pak Azad menunjukkan dirinya masih lagi dalam keadaan yang terkejut dan tangannya masih terketar-ketar.

Fuh, nasib baik PMX sporting!

Sumber: TikTok

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.