in

“Auto nangis sebab cemas”- Kanak-kanak Ini Viral Di Twitter Lepas ‘Terperangkap’ Dalam Mesin Basuh

Mbj 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kanak-kanak memang banyak ragamnya. Disebabkan mereka ada banyak perasaan ingin tahu, ada je benda yang nak dicuba. Walaupun telatah mereka ni kelakar tapi kadang-kadang, boleh buat orang panik.


Itulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia ini yang cemas gara-gara terperangkap dalam mesin basuh di kediaman keluarganya baru-baru ini. Menurut Suara.com,  video kanak-kanak tersebut terperangkap dalam mesin itu telah dikongsikan oleh kakaknya menerusi akaun Twitter, babychifuyu.

Difahamkan, gadis itu dan ibunya tiba-tiba terdengar jeritan adiknya dari tempat cuci baju. Dorang ni dah panik dan cepat-cepat ke tempat tu sebab takut jadi apa-apa. 

Rupa-rupanya, adiknya yang dipercayai berada dalam lingkungan umur tujuh hingga 10 tahun berada dalam mesin basuh dan dia menangis sebab tak boleh nak keluar dengan sendirinya.

Gadis itu mengatakan dia tak dapat tahan ketawa tengok adiknya macam tu namun dalam masa yang sama, dia berusaha mengangkat adiknya keluar dari tempat sempit itu sambil dirakam oleh ibunya.

Mbj 5

Kalau ada antara korang yang tertanya-tanya adakah mesin tu bergerak ketika dia ada dalam tu, jangan risau, mesin tu dilihat macam tak berfungsi pun ketika kejadian.

Ketika ditanya kenapa dia masuk dalam mesin cuci, adiknya itu hanya menjawab dia saja-saja nak masuk. Mungkin dia saja nak try main kat dalam tu kot. Biasalah budak-budak, macam-macam benda dorang nak cuba kan. 

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen Indonesia yang rata-ratanya terhibur tengok ragam kanak-kanak terbabit. Sehingga kini, perkongsian gadis itu telah mendapat lebih kurang 11 ribu Retweets daripada netizen.

Nasib baik semuanya selamat. Mungkin lepas ni budak tu dah taubat tak nak main dah dekat situ. 

Sumber: Twitter @babychifuyu, Suara.com

Baca: “Hampir terkena serangan jantung”- Lelaki Terkejut Lepas Ada ‘Wajah’ Manusia Dalam Mesin Basuh Ketika Cuci Selimut

Mbj 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.