Memang benar kata Sajat, orang cantik selalu ada yang dengki. Walaupun perkara yang dilakukan Sajat itu tidaklah terlalu besar, namun ada saja yang tak puas hati dan mengecam segala tindakannya. Kesian kan dengan kakak Sajat kita ni?
Terbaru, Sajat terpalit kontroversi lagi apabila dikecam netizen selepas memuat naik gambar di Instagram yang menurut mereka, pakaian dikenakan usahawan kosmetik itu kurang sopan dan menjolok mata.
Melalui post itu, boleh dilihat Sajat bersama teman lelakinya dan dua anaknya sedang meluangkan masa hujung minggu di sebuah taman tema air. Sajat yang mengenakan pakaian renang berwarna hitam dikritik netizen yang menganggap pemakaiannya itu seksi untuk tatapan umum.
Awak tu perempuan, pakai la elok-elok sikit. Ingat tak dosa ke?”
Astaghfirullah sister, aurat itu harus ditutup.”
Sajat., awakkan perempuan. Islam pulak tu. Tutuplah aurat awak… Kenapa nak dedahkan segala yang ada. Takkan tak faham hukum Islam.”
Bagaimanapun, ada yang memuji kecomelan anaknya selain keserasian mereka dengan teman lelakinya. Dan seperti biasa, ramai terpegun dan memuji kecantikan Sajat yang popular dengan tagline ‘Jangan Mengata’ itu.
“Beautiful mummy and daughter.“
“Cantik la Sajat ni.”
“Cantiknya kulit awak.”
Tidak sekadar itu, melalui ruangan komen di gambar tersebut, beberapa netizen dilihat berbalah kerana masing-masing berbeza pendapat. Takmau la gaduh-gaduh…
Rasanya Sajat mesti dah lali dengan komen-komen negatif dari netizen kan? Takpelah, ambil yang positif je ye 🙂