in

“Atok dulu jadi Elsa” – Lelaki Ini Rileks Bereksperimen Dalam Cuaca Sejuk Pakai Kain Pelikat 

Elsa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Atok dulu jadi Elsa" - Lelaki Ini Rileks Bereksperimen Dalam Cuaca Sejuk Pakai Kain Pelikat 
Loading
/

Korang pernah tak pergi main salji bila pergi ke luar negara? Tipulah kalau waktu nampak salji tu, masing-masing tak excited kan!

Kalau tak buat snowman, mesti ada yang pernah cuba makan salji waktu dia turun atau baring atas lapisan tebal memutih tu.


Berkain pelikat dan selipar saja

Selalunya bila ke kawasan bersalji ni, orang pakai baju tebal-tebal sebab sejuk kan? Tapi lain pula dengan penuntut Ohio State University ini!

Ibrahim Junaidi yang berada di Columbus, Ohio sempat memuat naik videonya membuat satu eksperimen dalam kesejukan cuaca melampau dengan hanya berkain pelikat dan selipar!

Menurut Ibrahim yang mesra disapa Baim, suhu ketika itu lebih kurang -19°C tapi terasa seperti -31°C!

“Tak sejuk ke pakai kain pelikat?”

Aduh, terus rasa sakit gigi bila bayangkan suhu sesejuk tu! Kat Malaysia pun suhu paling rendah dalam lingkungan 24°C-27°C saja. Itupun ada yang tak tahan.

Sejak dimuatnaik, video itu dah dapat lebih 115,000 tontonan di Twitter. Rata-rata netizen yang tengok pun tertanya-tanya, tak sejuk ke pakai macam tu je?

Snow 4
sumber: twitter
Snow 3
sumber: twitter
Snow 2
sumber: twitter

Hahahah tau pulak dia menggigil sejuk. Nasib baik tak kena frostbite. Suhu bawah paras beku tu!

“Atok dulu jadi Elsa”

Ramai juga netizen yang tumpang excited dan seronok tengok eksperimen Baim tu. Dah macam aksi karakter kartun Frozen, Princess Elsa! Tapi apa sebenarnya yang dia buat?

Rupanya, dia baling air panas je tapi sebabkan cuaca sejuk so jadilah ketulan ais. Cuma macam pelik juga, macam mana boleh jadi macam tu?

Snow 1
sumber: twitter

Oh, macam tu. Tapi korang jangan pula tiru aksi ni kat Malaysia ye. Dia kat sana suhu bawah paras beku, pakai air panas menggelegak bolehlah jadi ais.

Kalau buat kat sini, silap haribulan korang masuk hospital sebab 3rd degree burn pula.

Fenomena Polar Vortex

Dengan keadaan cuaca tak menentu yang sedang melanda Amerika Utara, banyak kawasan di negara itu tengah berhadapan dengan cuaca sejuk melampau akibat satu fenomena dinamakan Polar Vortex.

Snow 5
sumber: twitter

Akibatnya, banyak haiwan dan lebih 15 orang didapati telah meninggal dunia sebab tak tahan dengan cuaca sejuk ini.

Di sesetengah kawasan ini juga dikatakan suhunya lebih rendah daripada Antartika. Wow, seriously?

Harap-harap semua orang dan rakyat Malaysia terutamanya yang berada di kawasan terlibat dengan fenomena ini dapat menjaga diri masing-masing. Pastikan anda berpakaian cukup tebal, sentiasa panaskan badan dan berlindung dalam bangunan untuk elak cuaca sejuk.

Baca: Pengurus Restoran Murah Hati, Beri 100 Helai Selimut Kepada Gelandangan Kerana Cuaca Sejuk

Sejuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.