in

Atlet Renang Transgender Dicemuh Lepas Menang Dalam Acara Wanita, Peminat Dakwa Tidak Adil

cover 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, seorang perenang wanita transgender, Lia Thomas berjaya memenangi kejuaraan kebangsaan Divisyen 1 selepas mencapai rekod 4 minit dan 33.24 saat dalam acara gaya bebas 500 ela.

Kejuaraan ini menjadikan Lia Thomas sebagai atlet transgender pertama yang memenangi kejuaraan dalam acara ini. Thomas menghabiskan acara dengan rekod 1.75 saat di hadapan Emma Weyent yang berada di tempat kedua.


Dibantah penyokong

Acara tersebut dimulakan dengan sorakan penonton terhadap setiap atlet renang yang bertanding, namun mereka hanya diam tidak memberi apa-apa sorakan ketika Lia Thomas diperkenalkan oleh pihak penganjur.

Meskipun menerima bantahan daripada ramai pihak, Thomas berkata dia tak menghiraukan kecaman yang diterima dan cuba untuk fokus pada renangannya.

“Saya perlu fokus pada renangan saya. Saya tak akan hiraukan perkara yang tidak penting”, ujar Lia Thomas kepada sumber.

Mahu hak wanita dikembalikan

Bagaimanapun, kemenangan Lia Thomas tenyata tidak dipersetujui oleh ramai pihak. Rata-ratanya berpendapat Thomas memenangi acara ini dengan tidak adil kerana dia mempunyai fizikal dan tenaga seorang lelaki.

“Jika anda menyokong ini, anda akan melihat kemusnahan kepada sukan wanita dan hak wanita dalam keadilan. Ini adalah memalukan”, tulis seorang wartawan, Piers Morgan dalam ciapannya.

Namun begitu, ada juga yang berpendapat Lia Thomas memenangi acara ini secara adil kerana dia telah mengubah jantinanya dan orang ramai perlu menerima hal ini secara terbuka dan berlapang dada.

d75f2f82 dd80 46b7 a057 fdfd96b92692 USP NCAA Womens Swimming Swimming Diving Champi

294587

Ketika upacara pemberian hadiah di podium buat para pemenang, perenang wanita lain membuat protes dengan tidak berdiri di sebelah Lia Thomas dan hanya mengambil gambar sesama mereka.

Untuk rekod, beberapa tahun dahulu William Thomas berada di tangga ke-462 dalam kategori perenang lelaki, namun kini dia berada di tempat pertama dalam acara wanita selepas menukar nama kepada Lia Thomas dan mengubah jantina kepada transgender wanita.

Kredit: ESPN

BACA: Quinn: Atlet Transgender Pertama Menang Pingat Emas Di Olimpik

cover 6

Sumber: USA Today
Sumber: LBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.