Atlet dari Brazil, Ana Carolina Vieira telah dihantar pulang dari Paris selepas menyelinap keluar dari perkampungan Olimpik untuk keluar dating pada waktu malam bersama teman lelakinya.
Perenang berusia 22 tahun itu merupakan salah seorang daripada pasukan renang Brazil untuk acara gaya bebas 4x100m wanita.
Artikel berkaitan: “Tak sertai Olimpik” – Ketua Pasukan Gimnas Wanita Jepun Dihantar Pulang Kerana Merokok
Artikel berkaitan: Atlet Bola Tampar Olimpik Paris Kena ‘Boo’, Rupanya Bekas Banduan R*gol Budak 12 Tahun
Pasukan itu turut disertai Stephanie Balduccini, Giovana Reis dan Maria Paula Heitmann, mereka bagaimanapun gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir yang dimenangi pasukan Australia.
Teman lelaki kepada Ana, Gabriel Santos juga merupakan seorang perenang dari negara sama.
Dua perenang itu meninggalkan perkampungan di mana kebanyakan atlet Olimpik Paris menginap, tanpa pengetahuan pasukan, tindakan mereka itu terkantoi apabila mereka memuat naik beberapa gambar di media sosial.
Brazil Olympic Committee (BOC) memutuskan untuk menghukum kedua-dua atlet terbabit namun Ana Carolina kemudiannya membantah dan berkata hukuman itu bakal menjejaskan kuartet renang wanita negara itu.
“Perenang Ana Carolina, secara tidak menghormati dan agresif, membantah keputusan teknikal yang dibuat oleh jawatankuasa Pasukan Renang Kebangsaan Brazil.
Akibatnya, Gabriel Santos diberi amaran dan Ana Carolina disingkirkan dari delegasi. Dia akan pulang ke Brazil dengan segera,” katanya.
Sebagai info, Ana Carolina beraksi dalam acara 4×100 meter gaya bebas yang menduduki tempat ke-12 dalam saringan.
Summber: Mirror UK