Selain menjadi tempat perasmian Sukan Olimpik 2024, Sungai Seine yang terletak di Kota Paris itu juga menjadi lokasi untuk atlet triatlon bertanding.
Atlet Kanada muntah 10 kali
Pun begitu, satu insiden cemas berlaku apabila peserta triatlon wakil Kanada, Tyler Mislawchuk telah muntah teruk selepas terpaksa berenang di Sungai Seine.
Artikel berkaitan: Atlet Renang Brazil Dihantar Pulang Gara-gara ‘Dating’ Senyap-senyap Di Paris
Artikel berkaitan: Atlet Bola Tampar Olimpik Paris Kena ‘Boo’ Rupanya Bekas Banduan R*gol Budak 12 Tahun
Tyler Mislawchuk yang baru sahaja melintasi garisan penamat bagi acara triatlon telah muntah sebanyak 10 kali di sungai yang didakwa tercemar, lapor Kosmo!.
Tyler Mislawchuk dilihat bergelut dengan kesakitan itu selepas berjaya berenang sejauh 1.5 kilometer, menunggang basikal sejauh 40 kilometer termasuk larian 10 kilometer namun, dia tidak menyesal sama sekali.
Saya tidak menyesal walaupun saya muntah sebanyak 10 kali.
Insiden tersebut juga dirakam secara langsung dan turut disiarkan di kaca televisyen.
Sungai Seine kotor tercemar
Sebelum ini, Sungai Seine telah ditutup sepanjang tempoh lebih 100 tahun oleh kerajaan Perancis kerana kualiti air yang tinggi bakteria berbahaya iaitu E.coli. Jadi orang ramai tidak dibenarkan untuk berenang di sungai tersebut kerana berisiko tinggi dijangkiti penyakit sekiranya tertelan air sungai itu.
Namun, sejak Perancis menjadi lokasi Sukan Olimpik 2024 buat kali pertama selepas 100 tahun, atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam acara renang maraton dan triatlon dibenarkan untuk berenang di dalam sungai itu.
Sebelum ini, sungai tersebut gagal dalam beberapa ujian kebersihan, jadi pentadbiran tempatan telah membelanjakan AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) untuk membersihkan air Sungai Seine bagi persiapan temasya sukan Olimpik.
Sumber: Kosmo!