in

Atlet Israel Terjatuh Riben Pun Menang Emas, Jurulatih Rusia Dakwa Ada Unsur Rasuah?

Cover 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Atlet Israel telah berjaya meraih emas dalam acara gimnastik di Sukan Olimpik Tokyo. Bagaimanapun, kemenangan ini menimbulkan kontroversi apabila ada beberapa pihak mempersoalkan keputusan juri dalam acara itu.

Ketika membuat persembahan, atlet Israel terlepas memegang riben ketika membuat rutin. Kesilapan ini menimbulkan persoalan buat orang ramai, terutamanya jurulatih Rusia yang menuduh juri bersifat berat sebelah.


https://twitter.com/moments_Spring/status/1423962169767604224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1423962169767604224%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.rt.com%2Fsport%2F531430-olympics-gymnastics-judging-mistake-viner%2F

Jelas jurulatih tersebut, Irina Viner-Usmanova, kesilapan tersebut merupakan satu kesalahan besar dan ini adalah taktik untuk meletakkan negara Israel di atas Rusia.

“Ini adalah kesalahan secara terang-terangan dan satu ketidakadilan yang nyata…yang telah dirancang lebih awal. Kesalahan yang tidak ada kaitannya dengan sukan yang bersih. Ini sama dengan doping atau memberi rasuah kepada juri”, jelas jurulatih itu.

Irina turut berpendapat kesalahan atlet Israel dalam rutinnya tidak melayakkan dia untuk meraih emas kerana kesalahan itu adalah jelas.

Bagaimanapun, Irina tidak meletakkan kesalahan ini terhadap atlet Israel tersebut, kerana dia berpendapat atlet tersebut telah dijadikan alat untuk menjatuhkan atlet Rusia dalam acara gimnastik.

“Dina Averina akan melakar sejarah sebagai juara sebenar Olimpik, yang beraksi secara jujur, namun dijatuhkan oleh juri”, ujar jurulatih itu.

 

Kredit: RT

BACA: Diundi Menentang Israel, Atlet Algeria Ini Nekad Tarik Diri Dari Sukan Olimpik Tokyo 2020

Capture 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.