in

Atlet Bawa Balik Emas Olimpik Paris Bakal Terima Apartment Bernilai RM1 Juta

Ft Atlet Bakal Terima Servis Apartment

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sukan Olimpik Paris 2024 bakal membuka tirai pada 26 Julai 2024 dan berakhir pada 11 Ogos 2024 dan edisi kali ini turut disertai oleh atlet negara kita yang merangkumi 10 jenis sukan antaranya terjun, renang, sukan pelayaran, menembak, berbasikal, angkat berat, badminton, golf, dan olahraga.

Terbaharu, Jawatankuasa Road to Gold (RTG) mengumumkan menerusi akaun Facebook Menteri Belia dan Sukan bahawa terdapat dua penaja bakal memberikan tajaan kepada atlet yang berjaya membawa pulang pingat emas pertama di Temasya Sukan Olimpik Paris 2024.


Artikel berkaitan : Kontinjen Malaysia Bakal Pakai Baju Melayu Rekaan Rizman Ruzaini Ketika Perasmian Olimpik Paris 2024

Artikel berkaitan : “Pakaian rasmi baharu” – Kontinjen Malaysia Dapat ‘Belang’ Baru Untuk Olimpik Paris 2024

Secara tidak langsung, tajaan ini pastinya akan menyuntik semangat atlet agar dapat memberikan aksi yang terbaik di bumi Paris nanti.

451512231 1018817392944601 8605124074955827256 N

Menerusi hantaran berkenaan penajaan tersebut diberikan oleh Tan Sri Dr. Lim Wee Chai, Pengerusi Eksekutif Top Glove & Pemilik Top Residency yang berbesar hati menawarkan sebuah unit pangapuri servis bernilai RM 1 juta sebagai ganjaran kepada atlet.

Sementara itu, penaja kedua, En Lim Kim Heng, Pengerusi Eksekutif Senheng pula bakal menghadiahkan wang tunai sebanyak RM 1 juta kepada atlet di bawah Program Bakat Badminton yang berjaya membawa pulang pingat emas.

394364777 18394886689030612 6635480534563750240 N

Antara atlet yang telah layak ke Paris 2024 di bawah program berkenaan ialah pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia & Soh Wooi Yik dan juga Chen Tang Jie.

Untuk rekod, Senheng telah menyokong tiga pemain ini di bawah Program Bakat Badminton SS sejak penubuhannya termasuk menampung perbelanjaan latihan, penginapan dan makan minum mereka.

Dalam pada itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengucapkan terima kasih serta amat menghargai usaha sama antara kerajaan dan pihak swasta. KBS juga mengalu-alukan lebih banyak syarikat swasta dan korporat bakal tampil dalam usaha memajulan lagi industri sukan negara.

Sumber : Facebook

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.