in

Atlet Angkat Berat India Kenang Jasa Pemandu Lori Yang Bantu Beliau Raih Pingat Perak

cover 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Atlet angkat berat India, Mirabai Chanu berjaya meraih pingat perak buat negara itu di Olimpik Tokyo menerusi acara angkat berat wanita 49kg baru-baru ini.

Sejurus tiba di negara itu, Mirabai segera mencari pemandu lori yang pernah membantu beliau pada awal kariernya dahulu. Menurut sumber, pemandu lori tersebut sering membantu dengan menghantar beliau ke pusat latihan tanpa meminta sebarang upah.


3

Pada awal karier Mirabai, dia tidak mempunyai pengangkutan sendiri untuk ke pusat latihan yang jaraknya lebih dari 25 kilometer. Pemandu-pemandu lori yang pernah membantunya dahulu jelas  menyumbang kepada kejayaannya di Olimpik Tokyo.

Usaha mencari pemandu-pemandu tersebut berhasil apabila Mirabai berjaya menemui mereka. Dalam satu majlis kecil yang diadakan di rumahnya, Mirabai dan ahli kelurganya memberikan hadiah sebagai tanda penghargaan kepada pemandu tersebut.

Dalam satu video yang dimuat naik di Youtube, pemenang pingat Olimpik itu tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika memberikan penghargaan kepada pemandu-pemandu lori tersebut.

Meskipun sudah menjadi atlet berkelas dunia, Mirabai Chanu masih menghargai insan-insan yang pernah membantu beliau tatkala susah dahulu. Semoga kisah ini dapat memberi pengajaran buat kita semua.

 

BACA: “Nak tanggung kos rawatan ibu” – Kisah Sedih Quan Hongchan, Penerjun ‘Perfect Score’ Yang Raih Emas Olimpik

sss

Sumber: News18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.