in

Atikah Suhaime Selamat Bersalin, Nama Lyla Mulan Teh Jadi Pilihan

Atikah Suhaime

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon, Atikah Suhaime yang sering menjadi tumpuan di TikTok kerana sering berkongsi resepi dan video memasak telah selamat bersalin secara normal semalam di sebuah hospital swasta di Damansara.

Atikah telah selamat menimang seorang cahaya mata perempuan dan memilih nama Lyla Mulan Teh untuk puteri sulungnya.


Pelakon yang pernah membintangi drama Bila Hati Berbicara itu juga berkongsikan detik-detik dirinya sebelum dan ketika bersalin di hospital.

@atikahsuhaimeeee

Thank you my online friends, setia dengan tika selama pregnant ni ❤️ #fyp #lylamulanteh #tiktokmalaysia

♬ 朝霧のメロディーを聴く – Cat Music Band

Artikel Berkaitan: Ambulans Terkandas Akibat Cerun Runtuh, Ibu Hamil Terpaksa Dibedah Kerana Bimbang Bayi Lemas

Artikel berkaitan : Halang Ambulans Bawa Pesakit, ‘Myvi Teh Ais’ Terima Kecaman Netizen

Dalam video yang berdurasi selama lebih tiga minit itu, Atikah juga turut berkongsikan detik-detik dirinya sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anaknya.

8

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji Atikah yang dilihat kekal cantik dan tenang ketika sedang bersalin.

Tahniah diucapkan kepada Atikah Suhaime dan suami kerana selamat menimang cahaya mata sulung.

Sumber: TikTok TikaMe

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.