in

Asyraf Wajdi Tegur Ibu Bapa Sanggup Mengaku B40 Untuk Anak Masuk MRSM

Mrsm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) antara sekolah yang diimpikan bukan sahaja dalam kalangan pelajar, malah golongan ibu bapa bagi menjamin masa depan anak mereka.

Umum sedia maklum, tujuan penubuhan MRSM untuk membantu pelajar golongan berpendapatan rendah supaya anak-anak B40 keluar daripada kepompong kemiskinan.


Namun, ada segelintir ibu bapa sanggup menipu pendapatan dengan mengaku sebagai golongan B40 agar anak mereka diterima belajar MRSM.

Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dasuki yang berkata tindakan itu seolah-olah mengambil hak pelajar miskin.

“Usahlah menipu pendapatan hanya untuk dikategorikan B40 supaya anak diterima MRSM.

“Kesian kepada anak-anak yang belajar dalam keadaan tiada keberkatan akibat mengambil hak orang miskin yang lain,” tegurnya di Facebook.

Screenshot 2023 12 20 162315

Susulan kenyatan itu, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan kenyataan Asyraf dan menggesa ibu bapa yang berbuat demikian menghentikan segera perbuatan mereka.

Selain itu, netizen juga menyeru supaya kerajaan memansuhkan sistem kasta pendapatan supaya semua golongan berpeluang mendapat pendidikan yang sewajarnya.

Ada yang menyuarakan pandangan supaya kemasukan pelajar di MRSM perlu mengikut merit kecemerlangan setiap pelajar dan bukannya mengikut tangga gaji ibu bapa.

Screenshot 2023 12 20 161835

Screenshot 2023 12 20 161843

Screenshot 2023 12 20 161851

Screenshot 2023 12 20 161920

Untuk info, dasar Mara ketika ini ialah 60 peratus pelajar MRSM adalah terdiri daripada keluarga B40, manakala selebihnya mereka yang layak iaitu lulus Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) daripada kalangan M40 dan T20.

Sumber: Facebook, Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.