in

“Asyik bagi alasan elaun belum diproses” – Pegawai Perubatan Dedah Frontliners Hospital Sg Buloh Tak Dapat Elaun Sejak Mac

covid

Seorang pegawai perubatan telah membuat pendedahan mengejutkan yang membabitkan frontliners di Hospital Sg Buloh. Surat tersebut telah dikeluarkan oleh portal kesihatan bernama CodeBlue, semalam.

Melalui pendedahan itu, pegawai perubatan terbabit berkata dia telah dipindahkan untuk bertugas di Hospital Sg Buloh pada Mac lepas. Malangnya sehingga kini, frontliners tidak menerima elaun perpindahan sejak itu.

sg buloh1

 

Baca pendedahan itu di bawah:

“Saya adalah salah seorang pegawai perubatan yang dipindahkan ke Hospital Sg Buloh pada bulan Mac untuk Covid-19.”

“Rasanya saya perlu bangkitkan isu ini kerana tiada seorang pun yang mendengar masalah kami kecuali hal ini menjadi viral (sudah terbukti). ‘Tiada siapa’ itu saya maksudkan pihak pentadbiran, pegawai atasan, Timbalan Pengarah dan Pengarah sendiri yang langsung tidak pedulikan masalah kami.”

“Masalahnya sekarang adalah kami masih belum terima elaun on-call Jun, malah claim Covid bulan Jun pun belum. Lebih penting, kami masih belum terima elaun perpindahan kami untuk bulan Mac.”

“Untuk pengetahuan, kami (frontliners) telah dipindahkan sekali lagi pada bulan Ogos ini mengikut penempatan semula masing-masing. Ya, ianya sesuatu yang baik. Mungkin ramai orang akan berkata, “Sabarlah, cepat atau lambat kamu akan dibayar”.

“Tapi fikirlah, kami berpindah-randah di seluruh negara dalam jangka masa yang pendek sekarang. Kami pindah ke sana dan ke sini. Pihak atasan, unit kewangan dan kerajaan ini semua fikir kami bujang ke?”

sg buloh5

“Kami ada anak-anak dan isteri (jadi) berpindah itu tidak mudah. Contohnya, kami perlu sewa lori dari Kelantan ke Selangor, kemudian berpindah semula ke Melaka. Kami perlu bayar yuran sekolah, yuran pengasuh, sewa rumah, duit deposit dan sebagainya.”

“Apa yang saya cuba sampaikan adalah, kami dah banyak kali desak unit kewangan Hospital Sg Buloh tentang elaun pindah ini sejak beberapa bulan lepas, tapi jawapan yang kami terima adalah ‘belum proses lagi, Dr’ atau ‘saya baru dapat form semua orang last week’.”

“Paling lambat kami hantar borang itu pada Mac atau April! (Tapi) bulan Jun baru mereka respon. Bukan semua dilahirkan kaya. Kami perlu kerja untuk dapatkan duit. Dan kami betul-betul perlukan duit untuk berpindah ke tempat baru.”

“Saya percaya kamu semua tahu bahawa gaji pegawai perubatan lebih sedikit daripada housemen terutamanya pegawai yang bekerja kontrak. Kami tidak kisah jika claim Covid dapat lambat tapi sekurang-kurangnya bayarlah elaun on-call dan elaun perpindahan kami dulu. Beberapa ratus itu pun sangat bermakna.”

sg buloh6

“Akhir sekali, untuk pengetahuan semua, ini hanya sedikit kalau nak dibandingkan dengan apa kami (pegawai perubatan kontrak) lalui. Kami didiskriminasi dan dilayan dengan double standard. Tapi kami tak kisah tentang itu, apa yang kami mahu adalah wang hasil kerja keras kami.”

“Hanya kuasa viral yang mampu buat mereka bekerja dengan lebih cepat (seperti isu gaji sebelum ini). Atau setidak-tidaknya jelaskan kepada kami dengan betul dan berikan penjelasan yang elok mengapa kami belum terima bayaran kami.”

“Of course, pihak atasan SELALU ingatkan supaya kami tak viral kan isu ini, atau jika tidak mereka akan lakukan sesuatu terhadap kontrak kami. Kontrak adalah satu-satunya perkara yang mereka sering gunakan untuk ugut kami.”

CodeBlue telah mengeluarkan surat tersebut tanpa mendedahkan identiti pegawai perubatan itu dan menurut theSundaily, Hospital Sg Buloh kini sedang menjalankan siasatan tentang dakwaan tersebut.

sg buloh4

Sumber: Relocation, On-Call, And Covid Allowances Still Unpaid — Sg Buloh Hospital Medical Officer

Baca: “Orang kampung beri kerjasama sangat baik” – Netizen Terharu Frontliners Padang Terap Tanpa Lelah Lakukan Saringan COVID 19

frontliners