Selepas pertumpahan darah yang berlaku pada tahun 1994 yang mengorbankan 29 orang Palestin yang sedang menunaikan ibadah di dalam Masjid Ibrahimi, pihak berkuasa Israel telah membahagikan masjid tersebut kepada dua bahagian untuk dikongsikan di antara penganut Muslim dan Yahudi.
Malangnya, Masjid Ibrahimi yang terletak di Hebron yang merupakan antara kawasan yang telah dirampas oleh Israel ini telah ditutup untuk umat Islam ketika menyambut Rosh Hashanah (Tahun Baru Yahudi).
Tentera Israel telah membuat kawalan ketat di kawasan sekitar masjid ini dan tak membenarkan orang Islam mahu pun pekerja-pekerja masjid untuk masuk ke dalam atau menggunakan masjid ini untuk beribadat.
Malah baru-baru ini, tular video di media sosial menunjukkan orang-orang Yahudi sedang berseronok di dalam masjid sambil melaungkan bacaan kitab Taurat di dalam Masjid Ibrahimi.
Astaghfirullah.
Penjajah Yahudi merampas kunci Masjid Ibrahimi di Hebron, menutupnya untuk Umat Islam & mengadakan bacaan Taurat di dalamnya.
Masjid ini menempatkan maqam Nabi Ibrahim & Siti Sarah.
Kemuliaan masjid telah dihina.
Laknat Allah ke atas mereka. #SavePalestine pic.twitter.com/k7NqU4TYSw
— Fakhri | Buku Baru “Sedikit, Tapi Cukup” (@fakhrifadzli) September 29, 2021
“Melompat-lompat macam beruk”
Malah netizen yang melihat video ini turut mengutuk tindakan orang Yahudi yang memperlakukan tempat beribadah seperti ini.
Untuk pengetahuan korang, Masjid Ibrahimi ini merupakan tempat bersemayam makan Nabi Ibrahim dan Isterinya Siti Sarah serta Nabi Ishaq dan Ya’qub.
Bukan itu sahaja, ia juga dianggap sebagai bangunan suci keempat dalam Islam dan tempat suci kedua di Palestin selepas Masjid Al-Aqsa.
Nama masjid ini pula diambil bersempena nama Nabi Ibrahim yang pernah tinggal di Hebron sekitar 4,000 tahun lalu.
Sumber: Twitter, AA, Republika